Friday, May 10, 2013

Phnom Penh, Cambodia: 17 April 2013

Day #3

The bus from HCMC took about 3 hours to get to Moc Bai (Vietnam) and Bavet (Cambodia) border.
How the system works? The bus conductor will collect all passports and if the passenger requires visa, he will collect money and photo for the visa (ASEAN tourists do not need visa to enter Cambodia).
Bila sampai Moc Bai, dia suruh semua orang turun, dan tunggu sampai passport dicop oleh imigresen Vietnam. Kita tak perlu bawak keluar barang2, cuma make sure takde barang berharga yg kita tinggal kat dalam bas tu.


Can you see any queue? Yes, there is none, muahahha.
Kita tak perlu queue pun, sbb conductor bas tu settle semuanya. Dah settle, nanti akan ada org panggil nama kita, lepas tu bagi passport kita yg dah dicop, pastu kita boleh kuar melepasi orang ramai ni, ke exit kat depan sikit dari kaunter imigresen.
*kitorg cuak jugak mula2, tapi tgk org lain tak cuak, so jadi relaks sikit*


 Dah siap cop passport, naik bas balik.


Ada banyak bas lain, jadi kena ingat betul2 bas yg kita naik. Bas akan gerak ke depan sket je, pastu akan sampai ke sempadan masuk Cambodia. Almost 1 hour jugak la nak settle cross border kat sini.


Dekat immigration Cambodia, diorg akan scan all 5-fingers on both hands. Ni la rupa paras Bavet border.

Lepas dah masuk Cambodia, bas berhenti rehat dalam 20minit utk ke toilet dan lunch. Kitorg makan biskut je. Dekat RnR tu la jumpa orang Kelantan. Diorg dari Phnom Penh nak ke HCMC. Borak2 kejap, pastu dia bg business card utk kedai makan halal kat Phnom Penh :)


Lepas naik bas semula, conductor bas tu mintak $2/passenger. Time tu dah confuse, duit ape pulak kan. *Dah la dia cakap bahasa dia, manalah aku nak paham*. Nasib baik ada budak kecik kat sebelah yg boleh cakap English :) So dia explained yg bas ni kena bayar $50 untuk dapat cepat naik ferry (nak kene seberang sungai Mekong rupanya).
Lepas 2 jam, sampailah dekat kawasan nak naik ferry tu.


 Ni la kot polis yg jaga laluan ber'tol' $50/bus supaya dapat potong queue yg sesak teruk kat depan tu. Setengah jam jugak la tunggu nak naik ferry, tapi better la daripada kena tunggu berjam-jam.




 Neak Leoung ferry terminal.


Lepas dah seberang sungai, dalam masa 2 jam sampailah bandar Phnom Penh. Nak kata boleh tido sepanjang jalan, tak jugak sebab driver bas ni memang bawak dasyat gile ok, dengan lajunya, jalan bumpy, pastu asik tekan hon je -_-. Apa-apa pun, alhamdulillah selamat sampai.


Stesen bas kat Cambodia ni, ikut company bas tu sendiri. Diorg mcm takde central bus station gitu. Kitorg kena tunggu Rabi dgn adik dia, sbb bas penuh so diorg terpaksa amik bas yg lambat sejam. Hari kitorg sampai Phnom Penh, office tengah cuti 3 hari sempena Khmer New Year (15-17 April). Nasib baik la tempat tunggu bas Kumho Samco ni ada free WiFi :)



Actually, bila kitorg turun dari bas dah ramai tuk-tuk driver yang tunggu. Normal price untuk ke pusat bandar dalam $3-5 (depends on berapa org), and we paid $5. We've been approached by a tuk-tuk driver named Tola, yg muka memang mcm org Malaysia je :p Dia offer tuk-tuk service untuk activities kitorg esok hari dengan harga $25. Dia bg business card, dan kalau kitorg setuju boleh call dia.

Gambar kat atas tu, muka penat-tapi-excited naik tuk-tuk utk pertama kali :p Time tu tengah hujan, so tuk-tuk ni ada mcm 'kelambu' gitu supaya penumpang tak basah.


Checked in at Hometown Hotel, $60 for 2 nights. So total sorang $15 ~ RM45


Kitorg amik 2 bilik double. Lepas menyegarkan diri, masa untuk cari makan setelah mencekik biskut dengan coklat je sepanjang hari -_-. Berbekalkan peta yg ada dekat hotel tu, dan juga pembaca peta Aziatun Nasshiha (dah mcm GPS ;p), kitorg pun merayau2 la pusing bandar nak cari kedai makan halal. According to the list, ada banyak je restoran yg halal, but the 1st two restaurants yg kitorg jumpa, tutup :(



Central Market Phnom Penh city



Ni Maybank HQ kat Phnom Penh.




Akhirnya, sampai la Halal Restaurant ni selepas lebih 40 minit berjalan2. Bila kitorg sampai, ada orang Malaysia pun tengah makan kat situ :)


We ordered nasik Lok Lak. Mula2 baca menu, mmg tergelak sendiri sebab kalau org Kedah, 'loqlaq' tu tak senonoh, hehe. Ni masakan orang khmer. Amik limau nipis tu, perah kat dalam bekas kecik yg ada serbuk garam tu. Pastu, bila nak makan daging tu, cicah dengan perahan limau nipis tadi. Cara kitorg makan mula2 sangatlah tidak betul :p Tabur garam kat atas nasik, perah limau atas daging.
Dinner price: $3.75

Kitorg jumpa tour guide waktu tengah makan. Tour guide ni susunkan jadual kitorg, estimated expenses utk semua activities, dan jugak transportation di Phnom Penh dan Siem Reap. Dia boleh cakap melayu, so senang la nak communicate, dan dia dah biasa bawak org melayu Malaysia, Singapore dan jugak Brunei. Sape2 yg nak gi Cambodia, boleh la contact Salleh ni ye.
Lepas dinner, dia bawak kitorg pusing2 bandar Phnom Penh naik van dan dia tak charge satu sen pun, hikhik.


Wat Phnom at night. Kenapa ada patung ular kat depan tu? Sebab baru masuk tahun ular ikut kalendar Khmer. Kawasan Wat Phnom ni, bila malam ada banyak 'kupu-kupu', so tak berapa bagus untuk jalan kaki.

*Merujuk kepada entry Quick Update, waktu gambar ni diambil la, I dropped my wallet*


Salleh dropped us near the riverside.


Ada ramai je orang lepak2 time ni.


Royal Palace at night.





Sebelum balik, singgah Dairy Queen, layan ice-cream dan ice-blended. Kertas bersepah2 tu, adalah jadual kitorg sepanjang di Cambodia, dan juga segala budget :)

*sambung hari ke-2 di Phnom Penh*


KIRA-KIRA
Accommodation: $15 ~ RM45
Transportation: $1.25 + $2 ~ RM10
Laundry: $1.5/kg x 2 ~ RM9
Makan: $3.75 + $1 + $2~ RM20
Total expenses~ RM84

Thursday, May 9, 2013

HCMC, Vietnam: 15-16 April 2013


This is the first entry, for the 9-days backpacking trip to Vietnam (Ho Chi Minh City), Cambodia (Phnom Penh and Siem Reap) and Thailand (Bangkok).

Budget untuk trip kali ni tak banyak; RM2,000 je. Tu termasuk accommodations, transportations, souvenirs, shopping sket, dan tiket untuk semua aktiviti yg biasa tourist buat. Jadi setiap entry akan ada cost breakdown untuk rujukan pada masa hadapan :)

AirAsia ada promo somewhere in May 2012, so kitorg dapat RM58 one-way ticket to Ho Chi Minh City (HCMC) or known as Saigon. Tiket balik, from Bangkok to KL beli lambat sket, tunggu AirAsia promo and we got RM124. So total air tickets are RM182. Thanks AirAsia! ^__^

Here goes, bismillah...

Day #1
Departed from LCCT at 1200, dan sampai kat HCMC pukul 1pm waktu Vietnam (diorg lambat sejam dari Malaysia).


Kitorg amik bas je dari airport untuk ke pusat bandar. Keluar dari airport, pergi belah kanan dan naik bas nombor 152. We paid 5,000VND bersamaan 70sen je, ihiks. By the way, we didn't have small change (semua bawak kuar 100,000VND). Uncle kat depan yg pakai topi ni baik hati, dia tukarkan duit kecik pakai duit dia :). Driver bas ni, nampak kitorg je terus tanya, "Malaysia??" Kitorg sengih sambil angguk2 je.


Perjalanan amik masa dalam 30minit, dan bas akan berhenti dekat satu stesen bas yg agak besar la jugak. Ben Thanh market (yg orang Malaysia suka pergi shopping tu) dekat je dengan bus station tu, jalan kaki je.
Kitorg tak gi straight ke market, tapi jalan kaki gi guesthouse.


We stayed at My My Arthouse, quadruple room for USD58 for 2 nights. Ok la guesthouse ni, kiranya kawasan yg biasa backpackers duduk (District 1). Refreshed serba sket, pastu kuar nak cari makan. Lapar gilesssss!


Kitorg jumpa Restoran Taj Mahal, dekat je dengan guesthouse tu. We ordered 2 plates of chicken biryani (80,000VND/plate) since portion dia agak besar, so kongsi2 je. Gambar makanan tidaklah dapat dikongsi kerana masing2 kebuluq! Takde siapa snap gambar makan rasenye :p


Nak gi market (building across the road) kena cross satu jalan besar ni. Seriously, melintas jalan dekat bandar HCMC adalah sesuatu yg menakutkan >_<
Zebra crossing diorg ni sekadar hiasan je. Memang mencabar giles nak lintas, hoho.


Ni la rupa dalaman pasar Ben Thanh ni. Diorang kat sini dah tau rupa paras org Malaysia, so bila nampak je dia akan cakap "kakak, murah2". Sabo je kan, hehe.


Syiok gak la sebenarnya shopping kat sini, hehe. Tapi memang kene pandai tawar harga. I bought 2 shoulder bags, with the price of 120,000VND each (harga lepas tawar). Rasa dah murah, happy la tu konon. Sekali, bila malam (starts at 7pm) ada pasar malam kat luar building ni. The same bag, they sell it at 60,000VND. Gila! So I bought another 5, hamek kauu!! ^__^
Nak cari souvenirs pun ada, and I think it is cheaper to buy at the night market rather than inside the building.


Coffee 3-in-1 kat atas tu dijual RM9/box. Sedap kopinya!


This part of Ben Thanh, ada banyak kedai jual baju kurung siap, dan jugak jubah2. Nampak pakcik baju biru tu? Malaysian la tu, hehe. Memang ramai org Malaysia shopping kat sini, dah rasa mcm Jalan TAR pulak. Nama kedai2 diorg ni pun mcm org Melayu: Hasanah, Ramlah, dan Jamilah.


Sekitar kawasan ni, nak dapat makanan halal tak susah. Siap ada Warung 1 Malaysia lagi! Tapi kitorg tak makan kat restoran pun, cuma makan kat gerai tepi jalan. Kue tiow sup ni sedap! Harga semangkuk 50,000VND (~RM7) which is not that cheap actually. Tapi untung la peniaga ni sbb org Malaysia tak kisah pun kot :p Plus, location gerai dia sangat strategik.


Vietnamese iced coffee (20,000VND).
*telan ayaq liuq*
Air mineral 500ml priced at 10,000VND/bottle.


Ouh, another thing is, they do accept Ringgit Malaysia! So tak yah risau kalau abis duit Vietnam :D
Sepasang baju kurung yg dijahit manik kat dada, lengan dan bawah baju, diorg jual RM55 or 370,000VND (sampai Malaysia, kedai jual RM200, phewww)

Terserah la nak bayar in which currency. Cuma kalau rajin, buatlah kira2 dulu sebelum bayar. Waktu ni, USD1 = RM3. So waktu beli2 tu, rasanya bayar dalam USD kita untung sikit la.
I bought 3 telekungs at USD37 and 2 baju kurungs at RM110.


Ben Thanh night market.

Day #2
Breakfast included: bread and omelet, served with coffee. Yummeh!


They have spiral staircase, sampai tingkat 6 oke!
Nasib baik kitorg sampai awal, dapat 2nd floor. Kalau tak, tingkat 6 tau...hoho.


"Are you ready kids?" 
"Aye aye captain!"
We bought a tour package for Cu-Chi tunnel tour, priced at 84,000VND (RM12)


Tiket masuk Cu-Chi Tunnel, driver ni akan belikan untuk semua orang. Entrance ticket: 90,000VND (~RM13). Jarak dari pusat bandar ke Cu-Chi village ~70km, but it took about almost 2 hours! Speed limit dekat Vietnam ni, sebenarnya 60km/hr je tau, pastu banyak speed trap, so diorg tak bleh bawak laju.



Bas singgah tpt membuat kraftangan dari kulit telur. Diorg semua OKU, dan sangat tekun buat keje.



Tunnel, to Cu-Chi village.


Dengar asal usul kampung ni dulu.


Ni la lubang masuk terowong kecik tu. Memang kecik!


Susah woo nak keluar, kalau tangan kuat utk push your body up, then ok la. Tapi better mintak tolong orang tarik keluar :)


Booby trap. Why booby? why??


Another hole, with different function. Bijak tau org Vietnam design tunnel ni, ada lubang air keluar, lubang keluar asap bila diorg masak, lubang udara (yg mana kalau askar US tgk, akan assume tu lubang tikus je).



We did went into the tunnel, from 1st level, 2nd level until 3rd level. In 3rd level, we took the 1st exit that we saw :D
Scary woo...gelap, sempit, dan kita xtau kita kat mana, dududu....


At the end of the tour, they served us ubi kayu :D Cicah dgn kacang tanah tumbuk dgn gula+garam.
*lagi sedap kalau dapat makan dgn sambal ikan bilis, hohoooo*

Settle Cu-Chi tour, kitorg gi War Remnants Museum, with entrance fees at 15,000VND (RM2)
Sedih, sayu, pilu je tengok gambar2 yg diorg display -_-
Rasanya, siapa2 yg gi muzium ni, mesti akan rasa mcm ni "Gile arr Amerika ni kejam!"


Around town. Jalan2 cari post office and masjid. Unfortunately, sampai ke sudah tak jumpa pun masjidnya :p




Kitorg ingat nak post je barang2 yg kitorg beli, tapi caj pos mahal gile, rasenye USD12/kg. Ended up, beli backpack baru (USD8 je) dan terpaksalah kendong sampai ke Bangkok, hakhak.

Lepas habis seharian jalan around town, makan nasik sekejap, pastu balik guesthouse utk asar dan zohor. Lepas maghrib, kitorg kuar gi night market semula utk sessi akhir membeli-belah.
^__^ Best!


Next morning, we took Kumho Samco bus to Phnom Penh. Harga tiket bas: 252,000VND or 12USD
How do we cross Vietnam-Cambodia border? Sambung la nanti :p


KIRA-KIRA
Accommodation: 305,000VND = RM43
Shopping: 960,000VND + RM55 + USD37 + RM9 = RM335
Transportation: RM37
Activities: 84,000VND + 90,000VND + 15,000VND = RM27
Makan: ~RM50
Total expenses~ RM492


 PS: HCMC ni, kira overspent jugak sbb shopping terlebih, but still within budget.


Wednesday, May 1, 2013

Farewell

I'm gonna miss this place.
Seriously!
There's nothing here that I could not handle (Alhamdulillah), it's just that I just want to settle down in Pahang. Peluang dah ada depan mata sekarang, so why not?
Alhamdulillah.
I'll be moving from KL to Pahang this Saturday, and will start in the new place on 13th May, insyaAllah.

Pindah dari KL ke Pahang adalah perkara besar! Macam masuk asrama waktu tingkatan 1, dari Jengka ke Keramat AU.
Mesti amik masa untuk adjust, hoho. Menetap kat Pahang, cuma 12yrs. Tapi kalau kira duduk KL, form 1-3; plus 2003-2013; almost 13yrs gitu. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat tengok wayang (apekah??!!), hehe.

Semoga penghijrahan ini, dapat memberikan kebaikan di dunia dan akhirat, aamiiiiiin (doa' ikhlas dari hati)

Ps: Datuk SCS kata, nanti kalau tiba2 nak tukar kerja kat KL semula, hantarlah application :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.