Showing posts with label AW. Show all posts
Showing posts with label AW. Show all posts

Monday, March 18, 2013

Perajurit


9 Mac, menyaksikan Sulastri membuat tembakan menggunakan senjata betul, dan peluru hidup pertama dalam kehidupan beliau selama hampir 32 tahun. 

First time pegang senjata, takde feeling lebih2 sangat, sebab kosong kan, takde peluru semua.
Tapi first time menembak, woooooooooooohooo...
Mula2 nak start meniarap dan menembak tu, nervous ditahap hanya Allah yang tahu.
First shot I took, mmg tangan agak menggeletar la jugak, sampai few people yg tengok dari belakang pun risau je. Mula2 kena lepaskan tembakan sebanyak 12 das. 2 das pertama adalah untuk memanaskan gun barrel, dan seterusnya 10 das untuk papan sasaran.

Dan, hasilnya adalah...Yillek! Null! Zero! Kosong!
Satu butir peluru pun tak kena sasaran, muahahahha...Lawak giler. Terkebil2 tengok sasaran, sebab rasa macam dah aimed betul. Lepas tu, baru la pegawai yg bertugas cerita betul2 mcm mana nak kena sasaran. Tembak untuk 2nd round, barulah kena papan sasaran tu. Walaupun tak kena dekat tempat yg disasarkan, asal kena papan tu pun dah happy gile.


I am number 28.


Naik trak tentera. Baru tau perasaan berada dalam trak tentera, dan boleh tgk org lain drive belakang kita :p Best!!! ^__^


 Nadia, yg bermasalah untuk kenyit sebelah mata.
Dah macam lanun je, ihiks.


 Actually, jarak kitorg menembak tu adalah jarak paling dekat sekali, hihi.
25m je ok!!!
^__^
Askar2 tetap semua kata "ni tembak depan mata je ni"
Pegawai pemerintah (CO) kata, "buat apa saya bawa awak ke jarak 100m, kalau 25m pun tembak tak bagus", hihi...which is true. Tujuan menembak ni, bukanlah utk dapatkan bull's eye, tapi lebih kepada kejituan (grouping of the shots). Diameter tompokan tembakan kena lebih kurang 1.5inches je (for 25m distance). Bila jarak lagi jauh, biasanya diameter akan jadi lebih besar. My first group of shots, diameter-ed about 7inches, hihi. 


 This was taken on day #2. On my first day, I was too tired to take any picture. Plus, hari 1st memang rasa kena salai tengah padang. Panas gilesss! Memang kulit terbakar la...merah2, dan skrg tengah 'bersalin' kulit (dah macam ular plak main salin2 kulit).


 
 Ni bahagian benteng, bawah sasaran. Duduk kat sini, boleh la nak tengok peluru hidup 'terbang' kat atas. Tapi kalau mata cukup tajam la nak tengok bullet tu. Normally, nampak tanah dekat tebing je yg kena tembak. 
 On 2nd day, we had a tournament. Pertandingan menembak 'piring'. I really thought about piring dekat rumah. Rupa2nya, they are concrete plate :) Berat gile sekeping plate tu. 
Kitorg kena jaga benteng sebab kalah tournament ni. Mcm mana nak menang, diorg terer gila, in less than 15seconds, all plates are down!
*5 butir peluru pun aku tak sempat tembak*


Overall, it was fun! Walaupun penat gile!
Tak masuk lagi lebam2 dekat badan. Lengan lebam, siku lebam, lutut lebam ^__^
Insyaallah, somewhere in June there'll be another latihan menembak.
Harap2 time tu dapat join, dan skill menembak bertambah baik.



PS: Bila dah tau menembak, ada askar yang buat lawak "boleh dah hantar gi Lahad Datu ni"
:-O
Tu namanya 'menyerah diri'. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Ilmu tak cukup lagi ni. Semoga pejuang2 dekat Sabah sana, sentiasa berwaspada dan dilindungi Allah s.w.t
Amiiinn.

Friday, January 25, 2013

Ku Lihat Hijau


Bumi yang tiada udara.
Bagai tiada nyawa.
La laaa la la la la la la laaa.

Ok, bukan nak cerita pasal kehijauan bumi.
Ni cerita pasal Si Baju Hijau, sedang bertugas.
:)
Bertugas la sangat!!


 Macam mana boleh terjebak? Last year, askar dari Kem Kementah datang promote.
Since opis ade project dgn Mindef, so sume staff digalakkan la untuk join askar wataniah ni. Finally, adalah lekat 4 orang yang signed up.

Banyak jugak sebenarnya proses sebelum dapat masuk AW ni.
Mula2 buat medical check up (blood and urine test). Medical check up kena buat dekat hospital tentera, tak boleh hospital lain. Lepas result dapat, after 1 week jumpa doktor pulak. Dia akan tanya sikit2 je, then bila lulus ujian kesihatan, boleh tunggu untuk proses angkat sumpah.

Majlis angkat sumpah dah lama, waktu bulan puasa tahun lepas. Tapi sebab untuk dapat nombor anggota tentera (dipanggil nombor 'badan') adalah lama, jadi diorg tak bagi kitorg start training lagi. Setiap training/kelas akan dibayar elaun sebanyak RM6/hour. Mileage dari rumah ke kem pun boleh claim.



Perasmian untuk AW, Rejimen 11SSD bagi tahun 2013.






"Barret ni, pakai atas mata dengan jarak 2 jari"
Susah ok nak adjust barret tu. Lama2 nanti terer la kot pakai.





Setiap tahun, selepas perasmian, diorg akan amik gambar beramai2.
Nak susun semua org ni, ada arr dalam 20 minit oke!!!
Memang style askar, kena susun semua elok2.


Kelas/training ada time weekends and weekdays. Kalu weekdays, every Tuesday from 6pm-10pm.
For Saturdays, from 10am-10pm and 7am-7pm on Sundays.
Weekends punya training, cuma sebulan sekali je, jadi takdelah pack sangat jadual.
Diorg ni takdelah strict sangat dengan masa, sbb diorg faham yang kita ni sukarela dan ada kerja masing2.
Kalau tak dpt datang awal, datang lambat pun takpe :)


Ni asrama untuk wanita. Kalau training sabtu dan ahad, biasanya diorg akan tidur kat asrama je, sbb hari ahad training start kul 7 pagi.
Ehmm...buat masa sekarang, takde rasa nak tidur kat sini pun, hoho. 


Training waktu weekends, makanan semua disediakan. Maksud disediakan adalah, kitorg sendiri pun yg sediakan :p Takde caterer pergi hantar makanan.
Nasik askar ada banyak kumbang beras tu, hehehe. 


Kitorg arr yang siang ikan, potong sayur, cuci ayam, segala bagai.
Basuh pinggan, cuci periuk belanga, kuali.
Macam rewang kenduri kawen, muehehhe.


So far, I enjoyed the training. KECUALI, training berkawad di tengah panas, huhu.
Rasa macam nak pergi mintak surat doktor je kata "Sulastri tak boleh kena panas, nanti kena heat-stroke" :p
Tapi kalau training kawad waktu malam ok je ^__^
*hihi...kalu askar betul, sure kena squad jump 100x sbb mengada-ngada*
**squad jump tu susahhhh wooooooo...lagik susah dari jalan itik**



ps: Ucapan kepada diri sendiri 
"SEMOGA BERJAYA!"