Tuesday, October 13, 2020

Masa Yang Hilang

This entry is full with pictures, as these are historic moments!

 💥

Perkara ni penting sebenarnya untuk didokumenkan, sebab it never happened before in anyone's lifetime. Ok, darurat pun satu benda la kan bila orang tak boleh simply jalan2 tanpa tujuan Tapi tu musuh yang kita nampak. Bila berperang dengan virus, musuh tak nampak, dan bukanlah makhluk halus/jin/bunian, then itu lebih menakutkan!

The Movement Control Order (MCO), or Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) started from 18/3/2020, followed by Conditional MCO dari 4/5/2020, dan akhirnya Recovery MCO dari 10/6/2020. Ada banyak fasa, dan setiap satu tu ada la dia punya set of new rules. 

*agaknya 10 tahun lagi wujud lagi ke blog aku ni, aku nak baca semula*

Plan asal adalah, untuk balik pada 19/3, bawak balik barang adik aku sebab dia dah berhenti kerja, dan nak duduk kampung jaga mak. Few days before ni dah start cuti sekolah, jadi kakak dgn anak2 dia ada dkt rumah jaga mak sementara kitorg berdua still kat KL. Oleh sebab PM announced MCO tu on Monday 16/3/2020, so aku rasa memang nak kena balik jugak on 17/3 sebab tak sure 18/3 tu apa nak jadi. So angkut barang adik, penuh Karim aku tu ha. Singgah jumpa Abang Ngah dekat UM sbb nak hantar sikit brg adik, sbb Shuhada nak tumpang. Karim tu comel, hahahaha mana pulak budak tu nak duduk. Settle barang adik, pickup Shuhada dkt TBS and zasssss terus balik. Memang nekad kena balik jugak walau jalan jem tahap mana sekalipun.

Dalam pukul 7 baru sampai Temerloh, pastu kat group whtsap dah tanya kat mana dah. Sebabnya, announcement kata dah tak boleh travel interstate start tengah malam ni! Haaaaa...nasib baiklah aku gagahkan jugak drive balik oke! Kalau tak entah apa nak jadi sangkut dkt apartment kat KL, OH NOOO nightmare! Sampai Temerloh, singgah The Store buat panic buying serba sikit heheheh. Singgah farmasi sbb kakak pesan ubat batuk, selsema, demam utk budak2. At this point of time, we never knew it would be a very looooongggggg MCO.

Aku setup health station kat rumah! Sangat bernasib baik aku beli sanitizer and thermometer tu sebelum ni, sbb during early days of MCO susah giler nak dapat.

Aku setup tempat belajar aku jugak! Hahaha...Bersemangat, but at the same time risau dgn dunia luar.

Aku jumpa ni dkt Twitter kot, hahahha. Nak kata yg kita kena make full use of this pandemic!


Tapi sebenarnya regardless betapa tinggi semangat aku, sesungguhnya it is easier for me to IMAGINE that I am being productive, but in reality I was doomed! Susah giler oke nak buat kerja and focus.
 

Everyday, there will be a press conference from DG, dan dia akan update on the Covid-19 number of cases. Ko macam routinely will listen to his update. Dan bila the numbers keep on increasing, ko takleh tak, memang akan rasa anxious wei! 

 


Tapi aku bersyukur sangat sebab waktu MCO ni, aku duduk dgn mak, ayah dan aku. Dan aku jugak sangat2 bersyukur yg ada anak2 kakak aku yg sungguh menghiburkan, hahahah, dan at least boleh divert my attentions to other things, such as keep myself busy cooking for them, ahhaha. 


 

Setiap petang, Athirah dgn Amir yg akan cakap dgn ummi dia "umi jom berkemah" which is sebenarnya berkelah, hahah. Makteh dia confirm join sekaki.

Tengok diorang happy pun, boleh menenangkan hati :) Bersyukur sangat!!!

Dekat social media, memang ada banyak je parents list down what activities you can do with your kids. Ni adalah salah satu daripadanya, dan aku pun excited sekejap! Hahhahaha. Kita boleh view some animal in 3D. Just Google an animal, pastu ada tulis 'view in 3D', augmented reality uols! Hihi...

Hari2 picnic, makteh pun suka sebenarnya sebab kat luar ni sejuk sket berbanding dalam rumah. Lagipun dah petang2 ni, dah la tak boleh keluar pusing2 naik kereta, the least we can do is pusing2 keliling rumah. Nasib baik la rumah wan ni besaq oke!!! Biasa waktu picnic ni, kakak akan bawak phone dia dgn earphone, sambil dengar update from DG.

Abang2 dia memang asyik main bola je la kan. Waktu mula2 PKP tu Adam dgn Adib pesan bola, Aisyah pesan kertas graf! Tahukah anda susah giler nak dapat benda tu sebab kedai yg bukak cuma kedai jual barang2 makanan. Bola dan kertas graf bukan makanan, jadi susah gilerrrrr nak jumpa. Jenuh pusing Temerloh, nasib baik jumpa dekat TMG Temerloh. Tu pun bola plastik budak2 dan mcm stok lama je. Kertas graf pun jumpa dekat Econsave dkt Bandar Pusat, bila aku dah takleh gi Temerloh beli barang dapur.

Sebenarnya budak2 ni pun seronok duduk sini, rather than stucked dkt 1200 sqft apartment dekat KL sana. Even Adib pun cakap, "kita takyahlah balik KL, sama je umi bukan boleh jalan2 pun" waktu ummi dia kata abah dah boleh datang amik diorang bawak balik KL.

Kucing favorite Athirah! Waktu MCO ni beria kitorg kurung dia takmo kena kacau dgn kucing jantan lain. Yela tu, bukan boleh control pun! Abis MCO, kucing pun beranak, wkakakakaka.. Hampeh kucing jantan tu!


Amir's artworks! Ada banyak, tapi ni je sempat snap. Dia rindu kat abah dia tu sebenarnya, hahaha. Awal2 PKP tu ummi dia rajin la jugak video call dgn abah dia, tapi lama2 ummi dia je gayut, anak2 dia dah x layan, ahhaha.. Sian abah diorg oke, lonely giler!

Start MCO, semua adik beradik stucked dkt tempat masing2, tak boleh keluar. Budin dekat Penang, duduk apartment lagik laaa. Budak2 memang langsung tak boleh nak jejak tanah. Abang Tut dekat Kedah dia still keluar kerja mcm biasa, tapi anak2 mmg dekat rumah jela. Sekolah pun kalau ada semua online je, or cikgu bagi kerja sekolah through whatsap. Mak bapak la kena ajar and monitor budak2, wkakakaka. Ramai jadi mami monster! Abg yat dkt Kuantan jadi frontliner, so mmg confirm2 kerja tak berenti. Abang Ngah la kesian, hahahaha sbb terpisah dgn anak bini. Kesian wei!!

Ni video call dgn kawan2, hahahaha. Giler sangap tak jumpa orang lain! Jun stucked dkt rumah kakak dia dkt Sri Kembangan, dgn abg ipar dan kucing2. Rai pulak dkt Kuantan dgn adik dia, at least bukan sorang2 la diorg semua. Kak lizer mmg duk sorang2 dkt Penang, kak pha pun sorang, tapi dia still pergi kerja sbb bank tak tutup. Lain2 semuaaaaaa work from home, which brought a new acronym to the society: WFH!

 Waktu awal2 PKP tu, ada yg mcm tak paham tau. Sebab org still keluar rumah and duk lepak dkt rumah jiran. Ada yg buat rumah jadi tpt lepak minum kopi gitu, wakkaak. So keluarlah meme ni, hehehe. Kelakor!

Oleh sebab semua rakyat Malaysia duduk di rumah, jadi semua pun terlampau banyak masa dan xtau nak buat apa. Begitu banyak meme, sampai rasa I've spent too much time on socmed! Mostly on Twitter for getting current updates on almost everything, Facebook for "Masak Apa Tak Jadi Hari Ni?" group, and Instagram for personal updates. Tu tak kira lagi Whatsapp and Telegram messages. Bersyukurlah pandemic ni jadi dizaman internet di hujung jari, so ko boleh dapat update seluruh dunia sentiasa (which sometimes is not good for people with anxiety).

Dan best giler utk Candy Crushers, sbb seminggu ko dapat unlimited life!! Hahahhaha. Dalam tempoh PKP, ada dua kali diorg buat mcm ni. Best giler ok!!!!!!! Mainlah sampai pengsan, wkakakaka

Start PKP 18/3, so few days lepas tu aku pergi Temerloh sorang2 je utk beli barang dapur. Ada roadblock dkt dgn Risda Kg. Awah tu, since tu sempadan Temerloh-Maran. Aku x pakai mask dalam kereta, tapi mmg letak mask dkt seat depan dgn list barang yg nak kena beli. Sebab polis akan tanya ko nak gi mana, so aku cakap beli brg dapur sambil tunjuk list. Alhamdulillah lepas je tanpa masalah. 

 First time aku gi Temerloh waktu PKP, aku sgt berhati2, dan nak amik gambar Temerloh lengang pun cuak, hahahaha. Ni video and gambar aku amik waktu 2nd time aku gi beli barang on 26/3. Memang tak banyak kereta, tapi dkt supermarket mmg beratur panjang la kan.


Syarat waktu PKP ni, hanya sorang je dibenarkan utk beli barang keperluan rumah, dan ko mmg kena pakai mask. Waktu ni DG kata, kalau takde simptom tak perlu pakai face mask sbb susah giler oke nak cari mask time ni! Aku ni nasib baik beli before PKP tu, mahal gilerrr ok aku beli sekeping RM2.

Walaupun sebenarnya tak wajib pakai face mask, kedai berhak untuk wajibkan org pakai mask sbb kita nak masuk premis dia. Kalau ko tak pakai mask, dia mmg tak bagi ko masuk!


 Aku ingat lagi waktu ni, aku dah siap beli barang2 dalam list dan lapar giler, so aku drive thru McD beli burger. Aku nak cari pot makan sebenarnya, tapi tak berani keluar kereta, so aku park dkt sini dan makan laju2, hahahahh. Sebab kalau ikutkan rules, ko memang takleh berada luar rumah selain utk beli barang keperluan. Ini cerita PKP fasa 1 dan 2 ye dari 18/3 sampai 14/4.


Segalanya berubah di PKP fasa ke-3! Waktu ni PKP jadi makin ketat, ko dah tak boleh travel antara daerah! Giler kan, dan diorg hadkan ko boleh beli barang dalam radius 30km je tak silap aku. Walaupun Temerloh tu within the allowable radius, tapi aku dah kira rentas daerah, dan aku tak terfikir yg aku kena beli barang dekat bandar Jengka je, huuhuuu. 

Oleh sebab aku tak ready mentally utk beli barang dkt tpt lain, aku kena gi balai polis and isi borang keluar daerah, guna alasan beli ubat mak aku, hehehe.

Waktu awal tu aku dah beratur kat roadblock ni, bila dia suh gi balai polis, patah balik and lps dpt surat kebenaran beratur semula kat roadblock.

Oleh sebab aku tau ni kali terakhir aku boleh gi Temerloh, so aku perlukan McCafe latte! Degil kan, hahaha. Sebelum sampai supermarket aku pi mcD dulu beli kopi. Saiko!

Beli barang penuh troli, jenuh wei! Tapi aku gagahkan jugak sbb aku xtau dkt bandar Jengka entah ada ke tak brg yg aku nak.

Dan, aku pi tapau Domino's pizza ok! Ahahhahaha. Sebabnya ada satu hari tu Adam tanya ummi dia, tak boleh ke kita order pizza? Bwahahahahahah..sebab dah muak makan nasik hari2 la tu. Aku sendiri pun mcm kemaruk nak makan pizza, so aku gagahkan beli jugak!!

Gambar ni bila aku dah settle semua perkara dan tgh beratur roadblock nak balik. Tapi cabaran dkt PKP fasa 3 di Temerloh adalah, ko tak boleh masuk bandar start pukul 12.00 tengahari! So basically ko kena settle beli brg semua before pukul 12! Lepas daripada tu, aku terpaksa beli barang dkt bandar Jengka, yg mana jenuh la bukak waze sbb aku tak familiar la jalan kat sana. 

Oh, even waze pun remind kita yang "takyahlah drive kalau tak perlu" gitu!


Waktu PKP, kat socmed ada mcm2 menu/benda viral. Salah satu adalah ni dalgona coffee! Jenuh aku cari Nescafe nak buat benda ni, hahahah. Last2 jumpa Nescafe rich, ok la boleh buat. But the thing is, utk peminat kopi tegar, aku tak rasa sedap pun kopi ni, hahahaha. Kopi budak2 hipster je ni.

 

 Since budak2 ni rambut dah panjang, kedai gunting rambut obviously tak bukak, so aku bukak kedai gunting rambut sendiri, ahahhaha. Adib, Adam, Aisyah, Amir sampai adik aku potong rambut!

 21/3/2020: nasik lemak
Andddddd, gambar semua benda yg aku masak, wakkakaka. Banyak giler oke tak terkira, ahhahaha. Tak pernah seumur hidup aku masak setiap hari selama berbulan2 tanpa henti!

23/3/2020: lempeng

29/3/2020: Kerepek pisang makcik aloih hantar! Sedap giler ok!

 30/3/2020: Sambal sotong

Laksa! Aku rasa ada dalam 3 kali sepanjang PKP aku masak laksa.

Orang KL kata susah giler nak dapat Gardenia, hahaha. Sebenarnya everytime aku keluar, aku sentiasa dapat je roti ni. Cuma beza dia adalah Jumbo pack ni mmg selalu habis dulu. Tapi yg size biasa tu ada jeeeee. Org bandar je hype takmo roti lain, nak Gardenia je.

1/4/2020: Pulut manis a.k.a wajik.
First time aku buat sebenarnya, hahahah. Not bad!

5/4/2020: Telur dadar ayam kampung!


5/4/2020: Mee Kebaya!
Mak's specialty, which is mak dah lama tak buat, hahahah. So basically dah jadi mcm aku punya specialty pulak, kekekekke.

8/4/2020: Kerisik. Berjasa buat kerisik banyak2, boleh buat rendang, paceri, dan kerabu.

9/4/2020: Kek Pisang!
Pisang pun adalah rare item, so bila dapat tu aku rasa nak buat mcm2. Ni pun 1st time aku buat kek pisang. Senang giler rupanya!!!! Cuma kalau nak sedap, memang kena cari pisang mas, sbb pisang lain kurang sedap buat kek.

9/4/2020: Buah Melaka.
Bukan 1st time buat, tapi 1st time aku rajin perah daun pandan utk bg jadi kaler hijau. So much effort for instagram, ahahahahahah *giler

12/4/2020: Nasik Dagang!
First time jugak aku buat semuanya, daripada lauk sampai ke nasik.


16/4/2020: Lempeng pisang

18/4/2020: Marble cake

Ayah tebang pokok kelapa, dan dapat umbut ^__^ Sedap ni, tapi mmg bikin angin satu badan laa, hahaha.

19/4/2020: Masak lemak umbut kelapa

23/4/2020: First terawih, esok dah nak pose ^___^
Mak cakap apa tau "mak seronok betul puasa tahun ni"
Aku paham sangat kenapa, sebab setiap malam solat jemaah sekali, dgn terawih. What's not to love!

Bila giliran ayah dkt rumah mak, ayah la jadi imam. Kalau ayah dekat rumah ibu, Adam la jadi imam, heheheh. Walaupun suara dia bukan main la pelaannnn je, tapi Alhamdulillah berani jadi imam. Bila dah banyak kali dia jadi imam, dia suruh Adib pulak jadi. Hahahah, itu lagiklaaaa lajuuuu mcm keretapi. Tapi lontaran vokal lebih kuatlah daripada abang dia :p

Mula2 kitorg semua nak solat, budak kecik dua ketul tu ikut awal2 je. Lepas tu dah melalut masuk celah kangkang imam la, berdiri depan org la, last2 kena ada sorang jaga diorang ni dekat bawah. Nasib baiklah TV wan dekat bawah tu ada Njoi, happened to be ada channel cartoon networks kot. So bolehlah diorg duduk senyap sementara org nak siap solat.

Standard la dapat kurma

24/4/2020: 1 Ramadan.
Mak prepare ikan utk buat ikan sumbat, aku tukang prepare bahan2 sumbat. Rasenye nak buat sendiri ikan sumbat ni complicated sangat laa, hahahah. Bab tarik tulang keluar tu yg tricky!
And menu budak2, the famous rendang ayam kampung.

25/4/2020: 2 Ramadan
Kek batik resepi Che Nom. Sedap!
Dan rebus umbut kelapa utk buat kerabu. Pun sedap! Rahsia kerabu sedap adalah kerisik kena buat sendiri.


26/4/2020: 3 Ramadan
Masak lemak rebung. Makcik aloih bagi rebung rasenye time ni.

27/4/2020: 4 Ramadan
Nasik lemak kembali beraksi, hahaha


28/4/2020: 5 Ramadan
Sambal ikan keli. Biasanya ayam goreng memang tetap akan ada, sebab budak2 tu makan ayam je pandai.

29/4/2020: 6 Ramadan
Sayuq masam ikan patin. Rumah ni tak masak ikan patin masak tempoyak mcm kat Temerloh tu, hahaha. Kalau ikan patin, kitorg masak asam mcm ni je. Tumbuk cili kering, kunyit hidup and garam je. Lepas tu, kau leburkan jela semua tu dalam periuk dgn air, asam keping, dan timun tua (timun kuning besar tu). Dia lebih refreshing daripada masak tempoyak, sebab light je. Mcm singgang, tapi bukan singgang.

Dan coq udang style utara, makan dgn kuah kacang! 


30/4/2020: 7 Ramadan
Roti John versi kontot, hahaha. Berjaya jumpa roti sosej tu dekat Econsave bandar Jengka.
Lepas seminggu puasa, aku tak jumpa pulak gambar aku masak, hahaha. Maybe sebab dah penat masak, and tak lalu dah nak amik gambar.

5/5/2020: 12 Ramadan
Kuih bom inti kacang hijau.

6/5/2020: 13 Ramadan
Kuih kacang hijau, hahahha. Buat inti kuih bom tu banyak, so nak buat kuih ni kena tambah tepung sikit, gentel2 buat bulat mcm ni, salut tepung mcm nak buat pisang goreng. Siap!


7/5/2020: 14 Ramadan
Budak2 ni dah boleh balik KL. Abah dia tepat pukul 12 tengah malam terus keluar KL, balik Jengka, hahahaha. Waktu ni ada kelonggaran untuk travel antara negeri untuk tujuan amik/hantar isteri/anak/keluarga. Lama kot abang ipar aku keseorangan dekat KL sana, hahahahha.. Dia sampai pagi tu, pastu sahur sekali. Lepas sahur diorg dah tak tidur semula, terus kemas2 barang, dan zaaaasss balik KL terus.

Amir punya exited, duk nyanyi lagu "Ooooo balik kampongggg" di kampung, hahahaha. So lepas diorg balik, rumah aku pun sunyi sepi, hikkkksss.

So petang tu aku buat ni:
Kuih keria. One of my favorite aku, jadi aku kena terer buat benda ni, ahhaha

8/5/2020: 15 Ramadan
Murtabak mini. First time aku buat, hihi. Not bad la, dengan sirap bawang tu aku buat. Senang je rupanya, cuma aku rasa bila murtabak ni sejuk, dia liat. Yela, pakai kulit popia je.

10/5/2020: 17 Ramadan
Karipap inti kentang + daging. Aku frozenkan sikit, tapi sesungguhnya aku ni tak pernah berjaya buat karipap yg memenuhi citarasa tekak aku. Ni aku rasa kulit dia keras, tak mcm yg aku nak. Dah banyak kali cuba, masih belum berjaya. Mungkin kena buat 100 kali, hahahah

Malam tu pulak, aku buat semperit dahlia ni. Ni semua sebab teringin semperit, tapi Fadz tak open order. Kalau dia open order pun, dah mcm mana aku nak gi amik kan, hahahah. So, solution nya adalah mintak resepi, pastu buat sendiri.

Surprisingly, jadi ok!! Selama ni kalau aku buat biskut sokmo bunga cantik time terap je, bila lepas bakar terus kembang. The key is, lepas terap tu ko kena biar dia dkt udara dalam 30 minit sebelum ko bakar. So aku terap banyak2 atas baking paper ni, pastu transfer atas baking tray dan bakar. Alhamdulillah sedap, sampai makcik aloih nak order kuih ni utk raya haji, bwhahahahahahah kelako!

10/5/2020: 17 Ramadan
Nasik daging utara, ikut resepi Azie's kitchen. First time buat terus jadik ok! ahahahha. Kitorang makan dgn air asam, dan resepi air asam ikut mak punya. Tomato, cili besar, kerisik, garam, bawang besar, dan air asam jawa. Ramas je semua, wallah!! Kitorg tak pakai cili padi and belacan ye.

15/5/2020: 22 Ramadan
Lepat pisang. Of course first time buat, hahahaha, dan mak ajar mcm mana nak bungkus.


18/5/2020: 25 Ramadan
Penat sudah sis memasak, jadi pi Temerloh cari kedai nak beli lauk je. Tapi aku tak ingat apa aku beli, tapi rasenye ni bukanlah harinya yg aku tak masak. Rasenye aku still masak ni.

Bertelekung baru di 25 Ramadan, yeay!

20/5/2020: 27 Ramadan
Inilah hari pertama aku tak kupas bawang, setelah berbulan2 aku kena masak every single day, hahahaha. Beratur lama giler nak beli KFC, hikkkkkkk...

21/5/2020: 28 Ramadan
Hari tu aku gi Temerloh, mak aku pesan nasi tomato. Pengsan wei mmg susah la nak cari. Solution terbaik adalah, aku buat sendiri! Hahhahahaha. Ni ikut resepi Azie's kitchen jugak, menjadi je! Dan ayam masak merah tu aku ikut resepi dkt tempat lain. Semua resepi yg menjadi waktu PKP ni aku dah saved dalam Telegram punya channel utk diri sendiri, wakakakka. Untuk rujukan masa hadapan namanya.

23/5/2020: 30 Ramadan
Masak rendang daging, sambal kacang panjang dan rebus ketupat nasi je. Simple raya, cuma 4 beranak.

Malam raya.

Malam raya yg sepi.

Siapa pernah terfikir yg Aidilfitri boleh jadi sesunyi ini. Gitu melankolik, hahaha.
Biasanya pagi2 ni sangat sibuk oke, ni mcm lek2 cool je.

Semperit Dahlia, gaya, mutu, keunggulan!

I put on some make up, untuk menambah keceriaan dipagi syawal, hahahha

Tinggal lah dua orang anak dara Pak Manap, beraya dengan mak dgn ayah mereka. wkakakaka

Family portrait!
Hahhahaha... walaupun jauh dimata, tapi tetap dekat di telefon. Gitu!

Untuk menambahkan lagi bilangan ahli keluarga, buat julung2 kali kami membenarkan anak2 bulus masuk bergambar sekali. Tu Kak Teh, Jebon, dan Makcik.

Oleh sebab aku pakai make up, jadi aku kena tayang kat orang lain, bwahhahaha. So video called few people, dan yg mana jawab, dapatlah tgk muka ceria bermekap aku tu, muahahhaha. Kak Lizer beraya sorang diri, lagi sedih rase, hahahha. Kak pha ada abang dia dkt situ, so idokle lonely sangat. Kak lizer beraya pun makan nasik goreng je, wkakakaka...sian sungguh yg itu.

Ni aku tipon Mira, muka dia tgh layu sebab baru abis on-call, ahhahaha.. Sian jugak. Tapi at least dia ada ramai adik beradik dekat KL-Selangor, so dia tak beraya sorang diri.

Alhamdulillah, ada rezeki dapat makan ketupat palas.
Maklong datang pagi raya tu, dia masuk sekejap pastu mcm serba salah nak salam tangan ke tak. hahahahha... Dia salam je, kitorg pun sambut la salam, dan cakap terima kasih. Pastu dia balik, mak mintak hand sanitizer, hehhehehehe. Bagus mak aku. Lemang tu makcik aloih buat, so dia hantar kat kitorg. Satay tu memang ayah dah tempah, dan banyakkkk ok!! Hhahahahah. Puas makan!
Kitorang takde pergi beraya mana2 pun. 
Memang a quiet raya, and a peaceful one.
LOVE!

26/5/2020
Abang Yat kemas rumah aku yang dah lebih 6 bulan aku tak jenguk! Hhahahaha. Nasib baik la ada baik baik hati ^__^


Dan akhirnya, my first ever paper is published! *clap clap clap*
Banyak liku2 dan duit habis untuk paper ni, almost 5 figures ok! Hahahha. Tapi tula, itulah guna duit biasiswa KPT bagi kan. Ada banyak lagi sebenarnya yg perlu untuk siapkan phd aku, tapi this is the first one. Semoga Allah bantu aku mudahkan perjalanan phd ni, amiiiinnn.

Waktu ni tengah tunggu masa je PKPP mula, so aku boleh rentas negeri. Kita servis Karim dulu!

Mask ON. Always!

Yeay!

Hi Love!

Aku suka meme ni, hihi. Memang betul sangat ok!

Sementara nak boleh rentas negeri, aku masih memasak seperti biasa. Tahukah anda menanak pulut di atas dapur memerlukan constant stirring? Pulut mangga versi makcik Siah. Hahhaha. Pulut, susu (cair or fresh milk) and mangga! Senang jeeee

Bubur kacang durian! Durian ni mcm keras sikit, so memang layaklah dia aku leburkan dgn kacang hijau. Adik aku buatlah ais krim Malaysia pakai bubur kacang ni, dgn niat dihatiku nak bawak balik KL barang dua tiga batang. Sekali aku lupa!!!! Ishhh sadissss..

And final meal before rentas negeri ke kotaraya Kuala Lumpur, nasik lemak dan sambal tumis petai!! NYUMSSSS


Conditional MCO ended on 9th June 2020. So 11/6 zaaaasss aku balik KL, setelah berbulan aku tak drive jauh, hiiihiii..

PV6

Macam ni la rupa bilik aku tinggalkan selama berbulan2 tu, dengan baju bersidai dan langsir aku tak tarik, dan tingkap tu tak berapa rapat sangat la.

Hasilnya, nah kau after 2.5 months sidai dekat panas! Hhahahahahhahampeh! 
Habis favorite towel aku berbalam. Bukan towel je, tshirt pun. Cuma ada satu habit aku yg menyelamatkan keadaan, which is terbalikkan baju bila sidai. Alhamdulillah at least berbalam sebelah dalam je, hihii.

And finally, I am back to my L O V E! Sayang you laaaa :p hihiiiiiiii

Till then....


ps: This post was drafted in September, and after about 1 month, baru publish. Dan nak dijadikan cerita, yesterday 12/10/2020 the gov announced another 2-weeks Conditional MCO for Sabah, KL, Putrajaya and Selangor due to sporadic and increasing number of Covid-19 cases. Fortunately I am currently safe and sound in Pahang, Alhamdulillah. No drama from running out of lockdown area etc (ye ke takde drama, hahahhaha)

pps: too many unfortunate things happened in 2020, I think in 2021 we should rename it to 2020v2.0. Gitu!



0 comments:

Post a Comment