Sunday, May 26, 2013

'Cikgu'



^__^
Cik Sulas in the house yo!
Lapor diri pada hari Isnin, 13 Mei 2013, pastu hari ke-2 terus ke KL untuk seminar tentang Engineering Technology sampai Khamis. Jumaat petang, ke Cherating untuk bengkel Sasaran Kerja Tahunan (KPI untuk org kerja gov) sampai Ahad. 
What a hectic 1st week indeed.


Di luar tingkap.


Ni sebelum kemas. Konsep bilik lecturer kat sini, adalah 'apartment'. Dalam setiap apartment, ada 5 bilik pensyarah. Siap ada almari kabinet segala, dan ada pensyarah yang dah senior, dapat bilik 'master' with attached bathroom lagi!


 I'll be teaching in the Engineering Technology for Electrical program. Last Wednesday, I conducted my first class (phew!) gantikan sorang lecturer ni untuk Lab Pspice. Lab 3 jam, tapi lepas sejam, dah habis pun lab tu. Of course la budak2 tu happy kot kelas habis awal (aku pun suke sebenarnya). Ada 2 soalan yg student tanya:
1- Waktu Cik jadi engineer, banyak tak gaji? Ada tak sampai RM5,000?
2- Cik, berapa umur cik?
-_-

*tak tanya langsung pasal Pspice tu, cisss*


Next coming semester in September, I'll teach 2 subjects; Physics and Circuit Theory for 1st year students. Fizik yo, Fizik! Teringat Fizik tingkatan 4 dengan 5 je :p

Semoga Allah memudahkan kerja sebagai pendidik, Amiin
^__^


Afiq Nazmi and Arif Najwan.

In the meantime, I live with my brother in Kuantan. Nanti lepas raya boleh la nak pindah rumah sendiri. Nanti fakulti Teknologi akan berpindah ke kampus Pekan, so kena cari rumah yg lokasinya berada di tengah2 gitu. Cuma bila nak pindah ke Pekan, entah! :) Bukan dalam masa terdekat rasanya, sebab bangunan kat kampus Pekan pun belum siap.

Till then, ciao!



Monday, May 13, 2013

Tonle Sap, Cambodia: 19 April 2013

**I found this in my draft! Apekah?? Lupa nak publish kot, hihi - 22/02/2014**

:) 
Trip to Tonle Sap
*Hihi...berkurun nak sambung*

Isi minyak tuk tuk, USD1.20/liter.



They build their houses by the riverside. Ada nampak kincir air, tapi tak sempat nak snap gambar.





Tuk tuk driver kitorang bgtau, masjid ni disumbangkan oleh orang Malaysia.


Jetty.
Harga tiket utk trip ke Tonle Sap ni $10/person, and the trip took about 2 hours.






 Our boat driver and guide. Mula2, ingatkan kita akan tunggu penuh 1 bot baru gerak. Rupa2nya, dia ikut group, dan ada yg cuma bawak 2 orang je dalam satu bot. Kita tak perlu bayar dah tour guide ni, but tips are appreciated. Since tour guide kitorg rajin amikkan gambar, kitorg bg la tips sikit :)


Floating basketball court.
Untuk ke floating village, bot akan melalui jalan air yg cetek je sebenarnya. Ada some part of the way, cuma satu bot je boleh lalu dekat tengah2. Kalau driver tak sabar dan ikut laluan lain, enjin bot ada kemungkinan akan sangkut dekat tanah/pasir/lumpur.






Pancang kayu tu adalah anchor kepada rumah/building kat Tonle Sap ni, supaya takdelah hanyut kemana-mana. Besar tasik ni, pengsan nak cari rumah sendiri nanti :)
Tour guide kitorg bgtau, mostly yg buat rumah dekat sini adalah Vietnamese and Cambodians yg xde tempat tinggal. Diorg boleh datang je kt tasik ni, bina rumah sendiri, dan tinggal kt situ. Kerajaan Cambodia tak kisah. Ehmm....




 Rice to be donated. 
Ada sekolah yg dibina kat floating village ni, dan kebanyakan kanak2 tu anak yatim. Sekolah tu lah tempat diorg makan, tido dan belajar. Biasanya, tourist akan beli beras, dan dermakan pada sekolah.


Pandai jugak tour guide ni amik gambar :p
Budak2 Vietnam dan Cambodia belajar kat sekolah yg sama ni. Lupa pulak nak tanya guide, bahasa apa diorg guna ek? Ehmm




Dapur sekolah, merangkap asrama tempat tinggal.


Business


Classroom.

 




Exotic gile arak ni, eiiouu!








Babai Tonle Sap.


Kira:
Tuk-tuk: $5/4 = $1.25 ~RM4
Tonle Sap trip: $10 ~RM30
Lunch: $6 ~RM18
Drinks: $1.70 ~RM5
Hotel: $18 ~RM54

TOTAL 1st Day SR: RM111


**backdated entry**

Sunday, May 12, 2013

PP-SR, Cambodia: 19 April 2013

Day #5

Golden Bayon Express guna van Toyota Hiace, gerak kul 7.30 dari bandar Phnom Penh (PP). Kalau naik bas, akan amik masa dalam 6-7 jam, while for this van, around 5 hours dah boleh sampai. Jarak dari PP ke Siem Reap (SR) dalam 320km. Kitorg tak risau sangat pasal transportation kat SR sbb dah disusun hari sebelumnya. Penuh sebenarnya jadual dekat SR ni :)

Waktu beli tiket van, kitorg boleh pilih tempat duduk, jadi semua orang duduk tepi tingkap :) Masing2 boleh menikmati pemandangan dan amik gambar gitu.


 KM9 Mosque, National Highway 5 (NH5)


Phnom Penh-Dubai Islamic School.


Masjid Al-Mubarak. Ada banyak masjid sepanjang highway ni, menunjukkan yg ramai jugak muslim kat Cambodia ni.


 Banyak masjid, banyak jugak pagoda ;p



Prek Kdam bridge, cross sungai Tonle Sap.


 Tengah nak luaskan jalan kot, since ni adalah main road between PP and SR.


Lotus!


Rupa paras pokok kelapa laut dari jauh. Nampak diorg jual buah kelapa laut kat tepi jalan, cuma tak sempat nak snap gambar. By the way, bulan December hingga April adalah dry season, tu pasal la petak sawah kering je.


Heavy duty tuk-tuk.


 Fully utilized!

Skun Square, tengah2 roundabout.


Bila dah sampai Kg.Thom, tandanya dah half way untuk sampai SR.


Sekolah.


Kebanyakan rumah ada wakaf kat luar, dan ada jugak yg takde bilik air pun. Boleh nampak je ada perempuan mandi berkemban kat tepi umah dia, xde selindung apa2 pun.


 Sampai tempat rehat, dekat dengan Kg.Thom lebih kurang pukul 10.30am, tapi cuaca panas dah macam pukul 12 je :p 


Kitorg tak makan pun, cuma gi toilet. Beli la jugak air tin, harga $0.70. Kat Cambodia, kalau kita bayar in USD, balance yg sen2 tu diorg akan pulangkan dalam matawang diorg, Riel (KHR).Tak payah susah2 nak tukar duit Riel ni kat Malaysia, hehehe...sebab tak jumpa pun hari tu cari kat money changers :) Cukup pakai USD je.


Waktu dalam perjalanan, duk ingat tu sungai Mekong, rupa2nya ni adalah tasik Tonle Sap. Ingat Geografi tingkatan 3?? :)


Kitorang sampai 12.45, pastu dah nampak ada tuk-tuk driver pegang kertas tulis "Sulastri Abdul Manap". Hamek kawww! :) Nama driver kitorg Fikry. Dia siap tegur lagi banyak nya beg kitorg :p Malu plak, ihiks.


Checked in at Popular Guesthouse. Kitorg amik 2 double rooms with TV and ceiling fan (aircond xde). Total semua dgn tax and service charges: $18/person. Basic necessities semua ada, cuma nampak tak selimut tu? Semua corak adalah sama untuk sarung bantal, langsir, dan jugak cushion cover dekat lobby. Canggih! hehe


Lepas rehat sekejap, dalam pukul 2 Fikry datang amik untuk gi makan tengahari. Jalan nak masuk kampung kat Cambodia ni still tanah merah lagi. Lepas tu, cuaca kat SR ni lagi panas dari PP, dan lagi terik dari Malaysia rasenye -_- Mungkin sbb musim kering, so hujan takde.


Restoran tu kat belakang masjid ni la, dekat kampung Stoung Thmey. 


Tempat makan ni, rasanya mana2 muslim yg datang SR mesti pergi :) Restoran Haji Musa. Kat PP lagi Salleh dah suggest makan Daging Lembu Naik Bukit. Tapi waktu kitorg sampai, takde pulak daging tu. Jadi kitorg order je set lunch lain. Insyaallah, lain kali boleh datang makan lembu naik bukit.
*click link restoran utk tgk rupa paras daging lembu naik bukit tu :p*


Sebenarnya, lama jugak la kitorg tunggu diorg2 ni masak, dalam 40 minit -_- Sementara tunggu tu, tengok2 la sekeliling restoran tu. Pastu kat dalam restoran ni, ada banyak album. Rupa2nya, kampung ni adalah salah satu tempat kat mana orang Malaysia selalu buat Qurban masa hari raya haji. Album2 tu mostly gambar2 lembu dgn ada org pegang manila card yg tertulis nama orang yang buat qurban ^__^

Sembang2 jugak dengan org yg kerja kat sini. Dia kata, few days before kitorg datang ada sukarelawan dari mana x igt (either Singapore or Brunei), datang dan bawak mcm2 utk budak2 dekat sini. Rupanya ada sekolah agama kat sini, mcm sekolah pondok la. Nampak la kedhaifan org2 Cambodia ni, memang patut sebenarnya org2 datang tolong diorg.


Yeah!!! Penantian itu satu penyeksaan. But their food was worth the wait! :) Pendek kata semua sedap la! Sup ayam, daging black pepper, ikan sweet sour, dan kangkung goreng belacan yg sampai lepas kitorg dah nak habis makan :p. Pastu ada buah mangga jugak.
Total lunch: $6/person.


Ehm, dah panjang sangat la plak entry ni, hikhik. Lepas makan kitorg gi floating village kat Tonle Sap. I think it deserves its own entry. Sambung la nanti bila2 ;p


ps: Next entry for KIRA-KIRA