Friday, May 10, 2013

Phnom Penh, Cambodia: 17 April 2013

Day #3

The bus from HCMC took about 3 hours to get to Moc Bai (Vietnam) and Bavet (Cambodia) border.
How the system works? The bus conductor will collect all passports and if the passenger requires visa, he will collect money and photo for the visa (ASEAN tourists do not need visa to enter Cambodia).
Bila sampai Moc Bai, dia suruh semua orang turun, dan tunggu sampai passport dicop oleh imigresen Vietnam. Kita tak perlu bawak keluar barang2, cuma make sure takde barang berharga yg kita tinggal kat dalam bas tu.


Can you see any queue? Yes, there is none, muahahha.
Kita tak perlu queue pun, sbb conductor bas tu settle semuanya. Dah settle, nanti akan ada org panggil nama kita, lepas tu bagi passport kita yg dah dicop, pastu kita boleh kuar melepasi orang ramai ni, ke exit kat depan sikit dari kaunter imigresen.
*kitorg cuak jugak mula2, tapi tgk org lain tak cuak, so jadi relaks sikit*


 Dah siap cop passport, naik bas balik.


Ada banyak bas lain, jadi kena ingat betul2 bas yg kita naik. Bas akan gerak ke depan sket je, pastu akan sampai ke sempadan masuk Cambodia. Almost 1 hour jugak la nak settle cross border kat sini.


Dekat immigration Cambodia, diorg akan scan all 5-fingers on both hands. Ni la rupa paras Bavet border.

Lepas dah masuk Cambodia, bas berhenti rehat dalam 20minit utk ke toilet dan lunch. Kitorg makan biskut je. Dekat RnR tu la jumpa orang Kelantan. Diorg dari Phnom Penh nak ke HCMC. Borak2 kejap, pastu dia bg business card utk kedai makan halal kat Phnom Penh :)


Lepas naik bas semula, conductor bas tu mintak $2/passenger. Time tu dah confuse, duit ape pulak kan. *Dah la dia cakap bahasa dia, manalah aku nak paham*. Nasib baik ada budak kecik kat sebelah yg boleh cakap English :) So dia explained yg bas ni kena bayar $50 untuk dapat cepat naik ferry (nak kene seberang sungai Mekong rupanya).
Lepas 2 jam, sampailah dekat kawasan nak naik ferry tu.


 Ni la kot polis yg jaga laluan ber'tol' $50/bus supaya dapat potong queue yg sesak teruk kat depan tu. Setengah jam jugak la tunggu nak naik ferry, tapi better la daripada kena tunggu berjam-jam.




 Neak Leoung ferry terminal.


Lepas dah seberang sungai, dalam masa 2 jam sampailah bandar Phnom Penh. Nak kata boleh tido sepanjang jalan, tak jugak sebab driver bas ni memang bawak dasyat gile ok, dengan lajunya, jalan bumpy, pastu asik tekan hon je -_-. Apa-apa pun, alhamdulillah selamat sampai.


Stesen bas kat Cambodia ni, ikut company bas tu sendiri. Diorg mcm takde central bus station gitu. Kitorg kena tunggu Rabi dgn adik dia, sbb bas penuh so diorg terpaksa amik bas yg lambat sejam. Hari kitorg sampai Phnom Penh, office tengah cuti 3 hari sempena Khmer New Year (15-17 April). Nasib baik la tempat tunggu bas Kumho Samco ni ada free WiFi :)



Actually, bila kitorg turun dari bas dah ramai tuk-tuk driver yang tunggu. Normal price untuk ke pusat bandar dalam $3-5 (depends on berapa org), and we paid $5. We've been approached by a tuk-tuk driver named Tola, yg muka memang mcm org Malaysia je :p Dia offer tuk-tuk service untuk activities kitorg esok hari dengan harga $25. Dia bg business card, dan kalau kitorg setuju boleh call dia.

Gambar kat atas tu, muka penat-tapi-excited naik tuk-tuk utk pertama kali :p Time tu tengah hujan, so tuk-tuk ni ada mcm 'kelambu' gitu supaya penumpang tak basah.


Checked in at Hometown Hotel, $60 for 2 nights. So total sorang $15 ~ RM45


Kitorg amik 2 bilik double. Lepas menyegarkan diri, masa untuk cari makan setelah mencekik biskut dengan coklat je sepanjang hari -_-. Berbekalkan peta yg ada dekat hotel tu, dan juga pembaca peta Aziatun Nasshiha (dah mcm GPS ;p), kitorg pun merayau2 la pusing bandar nak cari kedai makan halal. According to the list, ada banyak je restoran yg halal, but the 1st two restaurants yg kitorg jumpa, tutup :(



Central Market Phnom Penh city



Ni Maybank HQ kat Phnom Penh.




Akhirnya, sampai la Halal Restaurant ni selepas lebih 40 minit berjalan2. Bila kitorg sampai, ada orang Malaysia pun tengah makan kat situ :)


We ordered nasik Lok Lak. Mula2 baca menu, mmg tergelak sendiri sebab kalau org Kedah, 'loqlaq' tu tak senonoh, hehe. Ni masakan orang khmer. Amik limau nipis tu, perah kat dalam bekas kecik yg ada serbuk garam tu. Pastu, bila nak makan daging tu, cicah dengan perahan limau nipis tadi. Cara kitorg makan mula2 sangatlah tidak betul :p Tabur garam kat atas nasik, perah limau atas daging.
Dinner price: $3.75

Kitorg jumpa tour guide waktu tengah makan. Tour guide ni susunkan jadual kitorg, estimated expenses utk semua activities, dan jugak transportation di Phnom Penh dan Siem Reap. Dia boleh cakap melayu, so senang la nak communicate, dan dia dah biasa bawak org melayu Malaysia, Singapore dan jugak Brunei. Sape2 yg nak gi Cambodia, boleh la contact Salleh ni ye.
Lepas dinner, dia bawak kitorg pusing2 bandar Phnom Penh naik van dan dia tak charge satu sen pun, hikhik.


Wat Phnom at night. Kenapa ada patung ular kat depan tu? Sebab baru masuk tahun ular ikut kalendar Khmer. Kawasan Wat Phnom ni, bila malam ada banyak 'kupu-kupu', so tak berapa bagus untuk jalan kaki.

*Merujuk kepada entry Quick Update, waktu gambar ni diambil la, I dropped my wallet*


Salleh dropped us near the riverside.


Ada ramai je orang lepak2 time ni.


Royal Palace at night.





Sebelum balik, singgah Dairy Queen, layan ice-cream dan ice-blended. Kertas bersepah2 tu, adalah jadual kitorg sepanjang di Cambodia, dan juga segala budget :)

*sambung hari ke-2 di Phnom Penh*


KIRA-KIRA
Accommodation: $15 ~ RM45
Transportation: $1.25 + $2 ~ RM10
Laundry: $1.5/kg x 2 ~ RM9
Makan: $3.75 + $1 + $2~ RM20
Total expenses~ RM84

0 comments:

Post a Comment