Friday, October 22, 2010

Tazkirah Jumaat


Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (QS. Al-Baqarah : 216).

Ayat ini memiliki makna tentang indahnya keredhaan. Makna redha dengan pemberian atau ujian yang telah Allah tetapkan kepada kita merupakan kunci kejayaan dalam meraih kebahagiaan. Sesungguhnya keredhaan itu memiliki buah yang melimpah berupa keimanan. Orang yang redha dengan ketetapan Allah akan terangkat ke tempat yang mulia. Hal itu mempengaruhi keyakinannya menjadi mendalam dan memiliki akar yang kuat, tertanam dalam hati.

Barangsiapa yang hatinya penuh dengan redha terhadap ketetapanNya. Allah akan memenuhi hatinya dengan kekayaan, rasa aman, serta qonaah, selanjutnya Allah menjadikan hatinya penuh cinta, inabah, tawakal kepadaNya. Bagi orang yang tidak memiliki keredhaan terhadap ketetapan Allah, hatinya penuh dengan kebencian, kemungkaran, dan kemarahan, dirinya sibuk dengan hal-hal yang sifatnya menyalahkan Tuhan, menyalahkan diri dan mencari kesalahan pada orang lain. Sikapnya cenderung reaktif, sensitif terhadap apapun yang membuatnya terjauh dari kebahagiaan dan keberuntungan.

Kesabaran, keredhaan, kesyukuran akan mengosongkan hati dari berbagai keterikatan, ketergantungan. Hati dibiarkan hanya untuk Allah. Sikap tidak menerima terhadap qodo' atau ketetapan Allah akan menjauhkan isi hati dari segala sesuatu hal yang bersangkutan dengan Allah. Selalu mengeluh tidak mampu merasakan kurnia yang Allah berikan kepadanya, di matanya hanyalah rizki yang tidak pernah cukup, nasib yang tidak baik, musibah yang tak pernah kunjung hilang, kesakitan yang disangkanya tiada ubat. Dirinya merasa berhak untuk mendapatkan yang lebih dari semua itu. Di matanya apa yang menimpa dirinya adalah Allah yang telah memberikan nasib sial. Allah dianggapnya yang bertanggungjawab atas penderitaan yang dialaminya, sebab Allah yang selalu memberikan ujian, musibah, cubaan dan bencana padanya.

Itulah sebabnya menjadi penting untuk kita bersikap sabar, redha dan syukur menerima ketetapan Allah sekalipun ketetapan Allah terkadang pahit rasanya. Keredhaan hati menghilangkan kesedihan, menjauhkan dari bencana, mendapatkan kenikmatan dan kurnia yang besar sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala. ' Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah. mereka tidak ditimpa bencana dan mengikuti keredhaan Allah. Allah mempunyai kurnia yang besar.' (QS. Ali Imran : 174).
Perhatikanlah benar-benar yang Allah memberikan terlalu banyak nikmat kebaikan, apakan wajar sedikit ujian kesakitan atau musibah menghilangkan rasa sabar atau redha atau syukur kepada al-Khaliq yang memberikan nikmat kita bergerak, makan, minum, oksigen dsbnya. Nikmat mata tidak akan dapat digantikan atau dibayar senilai dengan kesakitan yg kita alami atau ujian menimpa untuk sementara walaupun berulangkali. Renungkanlah Rahman dan Rahim Allah sebelum mengeluh atau menyalahkan Yang Maha Pencipta. Katakan Tak Nak kepada hasutan syaitan!!!

Dari Zaid bin Thabit r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda: Tiga perkara yang dengannya hati orang beriman akan suci dari sifat khianat, dengki (dan semua keburukan):
1. Beramal untuk redha Allah SWT.
2. Inginkan kebaikan untuk para pemimpin.
3. Sentiasa bersama dengan jemaah orang Islam. Ini kerana orang yang bersama-sama jemaah akan dilingkungi oleh doa ahli-ahli jemaah itu. (HR Ibn Majah)


Peringatan, untuk diri sendiri.
Dan kawan2.



Wednesday, October 20, 2010

Cara Saya!



Bahan2 nye ialah:
1) Bawang besar potong2
2)Telur sebijik
3)Megi perisa kari sebungkus
4)Air secawan
5)Minyak 5 titis :p heheh...tipu je
6)Kuali/periuk/belanga, sudip, mangkuk.


Tumis bawang besar, sampai wangi.


Bila dah wangi, taruk secawan air. Pastu masukkan megi mee


Ahe, taruk la perisa sekali ye :p


Kacau2 bagi rata, sambil mendidih2 tu (nampak x asap tu? ;p) taruk telur putih je dulu..
Kacau2 dulu, bagi telur putih tu pecah berselerak gituuuu.
Waktu ni, mee megi tu sure dah lembut nye...


Last sekali, taruk telur kuning saje :)
Ihii...telur kuning ni takyah masak lama2, kejap je....
Cair2 ituuuuulah sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapppp
(^____^)


Taruk la dalam mangkuk
Aum aum aum...siyes!! Kalau time lapar ni, SUPER-SEDAP okeh!!


Erkkkkkkkkkk....erkkkkkkkkkk
Alhamdulillah.
Kenyang!
(^________^)


Inilah mee maggie CARA SAYA!!!
hikhikhik
;p


ps: poyot poyot poyot...megi pun nak citer ke?
Lain arr masak ayam goreng kalasan...kekeke



Sunday, October 10, 2010

TenTenTen

Ni watak anime Naruto, nama TenTen :p



Ni lawak 10Gig


Ni kedai kat mane ntah, google image bagi :p

Rase dulu2, mcm pernah je jumpa cekelat nama TenTen, ke sumi jeli tu ek...
Tapi pernah la mcm terbaca, tapi tak tau kat produk apa...
Google tak tunjuk le plak, isk isk..pakcik Google tak membantu...

Entry ni, sebab hari ni seploh, hari bulan seploh, dua ribu seploh.
Radio asik cakap Perfect 10, bla bla bla...
So diorg pasang 10 buah lagu, berderet, xde iklan...
Best juge :)

SMS kawen pun TenTenTen.
Takpelah, dia Angkawasan Negara (ooppsss...Angkasawan)

Sure banyak kenduri arini.
Tapi pelik, dekat Jengka 19 satu kenduri pun takde.
Kalau ada pun, maybe ada kenduri arwah kot, sebab 9/10/10, Pakcik Pie' rumah atas bukit dekat Jengka 19 meninggal dunia. Innalillah...

Ehmmm.......
Nak kawen 11/11/11 laaa......
BWAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAAHHAHAHA
Ehmm....hari Jumaat, ahaks....oke la tuu...nikah hari Jumaat...
Sabtu buat kenduri...
BWAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH

ps: Sulas weng, pening, pusing..
Jangan layan dia
BWAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH




Friday, October 8, 2010

B happy


Reminder.
To myself.


ps: MC 3 days in a row (-_-)
Pecah rekod (-_-)
Byk dose (-_-)



Friday, October 1, 2010

MaLintan


(^__________^)

Selamat Pengantin Baruuuu Cintaaannn dan Mali
=)

To cintan: kasihi la Mali sepenuh hati, sepenuh pinggan mangkuk dan cawan.
Hakhakhak.
To mali: cubit jeee Intan kalau dia ngade2...wkakakakaka.

Semoga kehidupan suami isteri sentiasa diberkati Allah,
dan korang dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
:)


ps: Nanti bukak bisnes nama MalIntan tauuuu :p