Friday, January 25, 2013

Ku Lihat Hijau


Bumi yang tiada udara.
Bagai tiada nyawa.
La laaa la la la la la la laaa.

Ok, bukan nak cerita pasal kehijauan bumi.
Ni cerita pasal Si Baju Hijau, sedang bertugas.
:)
Bertugas la sangat!!


 Macam mana boleh terjebak? Last year, askar dari Kem Kementah datang promote.
Since opis ade project dgn Mindef, so sume staff digalakkan la untuk join askar wataniah ni. Finally, adalah lekat 4 orang yang signed up.

Banyak jugak sebenarnya proses sebelum dapat masuk AW ni.
Mula2 buat medical check up (blood and urine test). Medical check up kena buat dekat hospital tentera, tak boleh hospital lain. Lepas result dapat, after 1 week jumpa doktor pulak. Dia akan tanya sikit2 je, then bila lulus ujian kesihatan, boleh tunggu untuk proses angkat sumpah.

Majlis angkat sumpah dah lama, waktu bulan puasa tahun lepas. Tapi sebab untuk dapat nombor anggota tentera (dipanggil nombor 'badan') adalah lama, jadi diorg tak bagi kitorg start training lagi. Setiap training/kelas akan dibayar elaun sebanyak RM6/hour. Mileage dari rumah ke kem pun boleh claim.



Perasmian untuk AW, Rejimen 11SSD bagi tahun 2013.






"Barret ni, pakai atas mata dengan jarak 2 jari"
Susah ok nak adjust barret tu. Lama2 nanti terer la kot pakai.





Setiap tahun, selepas perasmian, diorg akan amik gambar beramai2.
Nak susun semua org ni, ada arr dalam 20 minit oke!!!
Memang style askar, kena susun semua elok2.


Kelas/training ada time weekends and weekdays. Kalu weekdays, every Tuesday from 6pm-10pm.
For Saturdays, from 10am-10pm and 7am-7pm on Sundays.
Weekends punya training, cuma sebulan sekali je, jadi takdelah pack sangat jadual.
Diorg ni takdelah strict sangat dengan masa, sbb diorg faham yang kita ni sukarela dan ada kerja masing2.
Kalau tak dpt datang awal, datang lambat pun takpe :)


Ni asrama untuk wanita. Kalau training sabtu dan ahad, biasanya diorg akan tidur kat asrama je, sbb hari ahad training start kul 7 pagi.
Ehmm...buat masa sekarang, takde rasa nak tidur kat sini pun, hoho. 


Training waktu weekends, makanan semua disediakan. Maksud disediakan adalah, kitorg sendiri pun yg sediakan :p Takde caterer pergi hantar makanan.
Nasik askar ada banyak kumbang beras tu, hehehe. 


Kitorg arr yang siang ikan, potong sayur, cuci ayam, segala bagai.
Basuh pinggan, cuci periuk belanga, kuali.
Macam rewang kenduri kawen, muehehhe.


So far, I enjoyed the training. KECUALI, training berkawad di tengah panas, huhu.
Rasa macam nak pergi mintak surat doktor je kata "Sulastri tak boleh kena panas, nanti kena heat-stroke" :p
Tapi kalau training kawad waktu malam ok je ^__^
*hihi...kalu askar betul, sure kena squad jump 100x sbb mengada-ngada*
**squad jump tu susahhhh wooooooo...lagik susah dari jalan itik**



ps: Ucapan kepada diri sendiri 
"SEMOGA BERJAYA!"


0 comments:

Post a Comment