Poznan, Poland.
26th September 2019
Plan hari ni adalah keluar pergi Poznan Glowny (central station) untuk beli tiket ke Warsaw. Dah study untuk ke Warsaw ni dari Malaysia lagi, sebab mcm takkan nak lepak Poznan je. Rai memang tak sempat nak gi mana2 sebab conference dia full day for 2-days.
So, pagi2 lagi makan Kembara Meal ni, sebab tau nak jalan banyak and malas pikir nak makan kat mana. Ni ayam masak merah dgn nasi tomato :) Not bad la meal ni! Cuma packaging dia besar sbb ada heating element tu. Kitorg sebenarnya beli Kembara Meal ni untuk dinner dekat Kerry, hahaha. Sapelah sangka tertinggal kan. Rupanya dia nak mengembara pi Poland, hikhik.
Keluar dalam pukul 10 pagi, cari nearest tram station.
Nampak muzium cokelat! hihiii...tapi rasenye kedai jual coklat je kot...tak masuk pun.
Sampai dkt tram station tu, sambil terkebil2 fikir mcm mana nak beli tiket, amiklah gambar. Boleh tak yang perasan langsung kewujudan Zahir Kebab dalam bangunan tu, sampai la aku belek2 gambar nak taruk dalam blog, hahahahahah. Dekat jeee....aku confident Zahir Kebab ni halal, sebab nama dia Zahir, heheheh.
Ni tiket tram dia. Harga ikut zon, or kita boleh beli yg 5PLN untuk 24 hours ride. Tapi time ni aku taktau, sebab aku beli ni pun dengan makcik dekat kiosk jual suratkhabar. Pakai bahasa isyarat, dan aku type Poznan Glowny kat phone...so dia tau aku nak gi mana, then dia bagi tiket.
Ok la aku gi time pukul 10 lebih, orang semua dah masuk opis. Tenang je tram ni.
Bila dah naik tram, aku mcm confuse nak turun dekat mana, hahahahha. So aku main agak2 je sebab lupa gila nak check beforehand. Dan sesungguhnya, Allah lah yang memegang hati2 manusia ni, memang tepat pulak tu station yang aku turun. Alhamdulillah.
Bila dah naik tram, aku mcm confuse nak turun dekat mana, hahahahha. So aku main agak2 je sebab lupa gila nak check beforehand. Dan sesungguhnya, Allah lah yang memegang hati2 manusia ni, memang tepat pulak tu station yang aku turun. Alhamdulillah.
Sampai central station, jumpa Costa, jadi kita mengopi dulu. Lepas tu aku pi cari kaunter PKP Intercity train.
Aku dah check masa train and harga online, so aku akan depart at 7.09AM ke Warsaw dan balik petang tu pukul 4.18PM. Aku sebenarnya dah baca yang train akan biasanya penuh hari Jumaat petang. Alaaa...mcm KL sentral jugak la...kalau Jumaat lepas office hour je, mesti sibuk lebih compared to hari2 lain. Tapi dah takde pilihan, hahaha...Sabtu dah nak fly back to London.
Lepas beli tiket, aku pi cari information counter :) Nasib baiklah makcik yang jaga tu sangatlah membantu. Aku bagitau dia plan aku nak ke Warsaw esok hari dan masa train. Aku nak tanya dia the best way untuk aku sampai kat central station ni by 7.00am. So dia la suggest aku beli 5PLN ticket for 24hour ride, so that pagi esok aku tak perlu terkial2 nak beli tiket. Sangat membantu, dan dia pun pujilah aku ni ha "You are so clever!" hahhahaaaahahha...kalau dia tau aku pensyarah, dia mesti mcm "Itu pun nak tanya aku" :p
Naik tram, balik semula area old market square since aku tak properly explore lagi.
First thing yg aku masuk, church ni. Cantik wei! Sebelum ni aku dah research apa benda yg menarik dekat sini, tapi bila dah sampai, hahahhaha...dia mcm ikut suka hati jeee. Sebab jalan sorang2 kan. Sebenarnya ada banyak muzium dekat sini, tapi kalau aku gi muzium je, aku tak dapat jalan2 around the town. Jadi, kita pergi je ke mana kaki melangkah, gitu!
Church ni, Fara Poznańska memang dekat sangat dgn hotel kitorg, dalam 200m. Ni church ke berapa entah aku pergi sepanjang Europe trip ni, hahaha *masjid ko tak reti plak nak pegi kan sulas kan kan... -__- *insaf
Aku taktau apa event yg ada time ni, tapi kalau ada pun, mesti cakap bahasa diorang yg confirm aku tak paham. Nak masuk church dekat Malaysia nanti org pandang senget2 je...biarlah aku masuk tengok church kat negara orang.
Aku perasan alley ni takde orang, jadi aku buatlah kerja aku taruk timer dan pose!
Graffiti di mana2. Ada tu aku nampak kat rooftop hotel, and these are not the beautifully painted graffiti. Most of these graffiti are in Polish, dah tentu aku tak paham. Kalau sikit2 takpe tau, tapi ni mcm menyakitkan mata. Check this article:
Why do people graffiti in areas that seem impossible to reach? Aside from aspiring to show their artistic talent, people who paint graffiti have a hierarchy of sorts. There are people whose graffiti is so good that they are called ‘kings’ of graffiti. Some graffitists try to outdo these kings by marking ‘impossible’ places such as the side of a hanging bridge, or the top of a skyscraper to prove that they have the guts and earn bragging rights and clout in that area. The quality of the work also becomes the deciding point if a person can be considered a king or not.
Setelah dicari2, ada je gov diorg provide legal graffiti walls, tapi maybe sebab yang cantik2 je kot ada kat situ, so yg tak cantik tu memilih untuk cari impossible places, gituuu. Masalah negara betul, hihi.
Centre of the old market square.
Again, bila nak edit masuk blog baru perasan budak2 perempuan tu pose, haahhaa. Sabo je.
Dua puluh hengget jugaklah fridge magnet dia, hahha. Tapi jangan beli dekat kiosk gini, mahal. Kena cari kedai proper, boleh la dapat murah sikit.
Nasib baik aku amik gambar ni. Poznan ni terkenal dengan "The Fighting Goats", dan kita boleh tengok mechanical goats fighting dekat clock tower at the centre of the square. Masalah dia...aku lupa! Hhahahaha... Sepatutnya aku lepak je dekat square tu bila approaching 12.00PM. Itulah, takde rezeki, so terpaksalah tengok kat Youtube je :p
Dalam pukul 1, aku lapar. So aku masuklah satu supermarket ni, dekat je dgn hotel. Niat dihati nak beli roti. Walaupun aku rasa roti takde benda pelik2, tapi aku taknak assume. Dengan gigihnya, aku pun type satu2 ingredient tu utk tau apa diorg letak, hahahah. Alhamdulillah, boleh makan.
Pastu beli juice. Price wise, lebih kurang kita je.
Balik bilik, lunch roti dgn tuna ayam brand angkut dari Malaysia :)
Lepas siap lunch and solat, aku keluar balik. Nak pi national muzium, tapi sebelum tu, mengopi lagi. Sebab sejuk sebenarnya, hahahahah.
Dan, sulastri memang bijak sebab dia tak check pun oeprating hour. Kan dah melepas! Rupanya tutup pukul 3.30. Aku ni assume la paling tak tutup pukul 4.30 ke, 5.00 ke..
Kecewa dengan tutupnya muzium, aku pun jaaalaaannn je. Ternampak building merah kat atas bukit tu, so main redah je. So this is actually a museum rebuilt from Royal Castle of Poznań. Patut la atas bukit, dan bentuk castle atas chessboard :p
Aku tak kisah, asalkan muzium. Aku taktau mana pintu nak masuk, so hasil google translate, 'wejście' tu adalah entrance :)
Muzium ni tutup pukul 4.30, so aku ada masa dalam sejam untuk pusing2 kat sini. Ada entrance fees at 12PLN for adult. Tapi, tergerak hati nak pakai student card aku, taraaaaa.... I paid 1PLN for the fee! Yessaaa....hahaha... Macam ko bayar singgit masuk muzium
View dari tower ni cun! Dan memang aku sorang2 je atas ni, hahahah. Adalah security guard tu duk batuk2 nak indicate yg "hellooo...masa dah nak tamat" gituuu
Waktu masuk tu, aku rasa akulah visitor terakhir diorang untuk hari tu. Ada 3 level, so dia start dari traditional exhbits kat bawah (dari clothing, armoury etc), dan paling atas sekali modern arts. Lepas tu, naik lift utk ke
4.13PM aku turun :p
Back to the square. Waktu ni lah aku sedar yg aku terlepas kambing bergaduh :p.
Pukul 5, so balik hotel dan sangattttttlah lapar wei! Sampai bilik, Rai pun tengah kelaparan. Food dekat conference tau2 jela kan, bukan dia boleh makan semua pun. Paling tak pun, boleh makan desserts dan buah jela.
Jadi, aku pun dengan tidak berlengah lagi, check mana kedai vegetarian yang dekat2. So hasilnya jumpalah kedai ni, mixTura vege cafe.
Rating kedai ni boleh tahan la....dan price wise tu mcm kalau ko makan kat cafe hipster, tapi aku rasa lagi murah. Big portion mcm ni at 25PLN. Burger patty kat atas ni made from beetroot.
Kitorang sebenarnya sangat lapar, dan bila food sampai tu, dia mcm happy sungguh. Amik gambar dulu, senyum2. Sekaliiiiiii....bila dah makan cuit2 sikit, "Ya Allah, ape bende alah ni weiiii!" Hahahah...epik oke. Sebab kitorg tamak, order 2 plates, so kitorg mintak diorg tapaukan 1 plate. Sebenarnya, satu plate pun kitorg tak dapat habiskan, sebab rasa dia memang out of the world! wkakakakakaka. Rasenye diorg pakai herbs2 mcm oregano/rosemary/etc tu banyak sangat, sampai aku dah xtau apa aku makan. Yang daun2 tu boleh la aku telan mcm kambing.
So kitorg pi supermarket :p Beli pasta, garlic selabu, tomato sebijik, dengan tuna chuncks in oil (bukan nak tuna sangat, tapi nak minyak utk tumis bawang). Sekali, garam takde kat hotel tu. Bekas salt and pepper ada tau....tapi isi kandungan takde. So pakai perencah Maggie tomyam yg aku masih simpan utk last meal. Pastu, amik cili padi dalam tuna ayam brand aku tu sikit, wallllaaa! Sedap berganda2 daripada kebab and burger beetroot tu, hahaha
Perut dah kenyang, alhamdulillah. Aku prepare barang2 untuk esok ke Warsaw, dan Rai kena prepare utk paper presentation dia esok.
Bersambung part 8 (hopefully last la kot, dah nk abis tahun tak abis lg update ;p)


























0 comments:
Post a Comment