Poznan - Warsaw - Poznan
27th September 2019
27th September 2019
Check platform number, and then tunggu. Waktu tengok tiket hari tu, mcm boleh agak la ada nampak word 'wagon' and ada number. Sekali, hahaharuuuu! :p Rupanya salah paham. So just tunjuk dekat tiket dkt passenger lain, pastu dia tunjuk gerabak yg betul.
So dapatlah tempat duduk sebelah makcik ni. Memang sungguh orang kat sini tak mesra langsung, hoho. Ingatkan mcm nak amik gambar beria sikit, tapi tula...putih je dekat luar tu. Foggy sungguh!
Sampai station, cari kopi and jumpa cinnamon roll. Lepas tu keluar, then terus nampak bangunan paling tinggi dekat Poland :p Palace of Culture and Science
Sebelum ni baca komik Adib, so basically membantu la utk faham local history (secara tak serius, tapi based on facts). Bangunan ni locals tak suka, sebab mengingatkan diorg waktu pemerintahan Soviet.
Batu keras a.k.a Hard Rock
Pastu on GPS, ada je tourist punya 'i' counter, cuma kena lintas jalan jauh sikit.
Tak berapa ramah org kat situ, aku amik map, then terus zaaaaas nak pi Warsaw Old Town.
Setengah jam jalan kaki, kalau jalan tak berhenti2 la :)
Sejurus selepas gambar ini diambil, camera tu jatuh dari bench! hahahahah...Menangis weiiii. Tapi lepas check semua...ok...lense boleh zoom in out semua. All good!
Świętokrzyski National Park
Saxon Garden (Ogród Saski)
Dari jauh nampak ramainya askar, tiba2 nervous, hahahah. Sebab aku tak nampak org lain pakai tudung/hijab/purdah etc. Kat sini pun ada islamophobia.
Style la bangunan colorful mcm ni. Cantik kan?
Pusing2 dulu sebelum masuk Royal Castle kat situ. Aku book tour guide tu dari pukul 2.00 dan dia akan hantar aku ke Central station before 4.00PM.

Royal Castle Zamek Królewski
Aku tak ingat, either 20PLN or 30PLN untuk entrance fees....dan kad student aku tak laku kat sini, dang!! Hahahhaha... Dia cuma terima national student card je.
Lama jugaklah aku pusing, dan terpusing2 dalam castle ni. Dulu Poland ni kerajaan monarki, dan ada raja-raja semua. Raja last dia adalah Stanisław II Augustus (yg mana aku tersilap sebut Stalin dekat guide aku, hahahahahh...sorry2)
Masalah kat sini, aku tak jumpa exit. Asyik berpusing kat tempat yg sama, hahahah...Aku nampak gambar exit org berlari tu, tapi follow tak keluar2.
Aku keluar dah pukul 1.40 dah, dan bersyukur sangat cuaca sangat cun la.
Sebelum pukul 2PM, tour guide tu dah call. Sebenarnya agak short notice sangat aku ni, hahahah... Aku call dua company, dan amik je 1st yg aku jumpa available. Agak mahal sebenarnya, sebab dia adalah private tour. Since aku sorang, dan masa aku sangat singkat, so inilah yg paling sesuai.
So dia bawak pusing2 town, sambil bercerita. Ok la sebenarnya, at least adalah org local yg aku boleh bawak bersembang. Daripada harga rumah, gaji, local kerja apa, agama (yessss...kitorg discuss banyakkk sangat pasal Islam, sebab dia tanya aku macam2, hahahah).
Artificial palm tree, dekat Jerusalem Avenue. Kalau aku stay at least 24 hours kat sini, aku nak pi Museum of the History of Polish Jews ni. Tapi tula...begitulah...
Ada jalan tutup, sebab ada org besar mana entah datang. Tu Martin, the tour guide :)
Sambil sembang2, so aku tanya dia kat mana masjid. Dia kata dia tau,,,,let's go! aahhahahaha
Dannnn..aku pun bijak sangat, lupa hari Jumaat. Ko ingat org Islam kat Malaysia je ke solat Jumaat, kat Poland tak solat? hahahahaha
Akhirnya kitorg sampai la kat masjid yg paling dekat yg Martin tau.
Warsaw Islamic Centre
Waktu ni dalam pukul 2.30PM. Aku mcm terdengar org bercakap2 lagi kat dalam tu, tapi tak bunyi mcm khutbah pun. Si Martin tu tanya aku, nak masuk ke. Eh...memang tak la wei. Aku lupa nak bagitau dia yg Friday prayers ni kebanyakannya laki2 je yg gi.
Sementara aku tunggu dalam kereta, org2 dalam masjid tu keluar. Si Martin pi cari orang nak tanya jalan nak keluar dari kawasan ni. Dia kata dia jarang masuk area sini.
Then, tempat last Martin bawak, Łazienki Park or Royal Baths Park.
The largest park in Warsaw, so memang tak mampu lah nak pusing semua. Martin kata ada chinese pagoda dalam tu.
Martin cakap, hari tu mungkin adalah minggu terakhir sebelum cuaca sejuk. So esoknya Sabtu, park ni memang confirm akan penuh dgn org picnic.
Ha...tu dia kereta Fiat retro. Aku amik private tour by Retro Fiat gituu. Kalau ikutkan pakej ni, tour utk 4 hours, tapi aku amik 2hours je, so half price. Dia return separuh yg aku dah bayar. Ok la tu... Pastu, dalam pakej ada tulis vodka will be served at the end of the tour. ekekkekeke... Aku ingat nak tapau vodka tu, wkakaka.. Sekali Martin offer coffee or air mineral je -__-
Baru ingat nak tapau and buat experiment dgn vodka, kakakkaka.
Martin suh aku pose.
Dia akan tutupkan pintu kereta untuk aku, yg mana aku rasa dia terkejut aku tutup kuat sangat waktu mula2 aku masuk kereta dia, ahhaha. Mesti dia kata, "Relai karang kereta antik aku ni, baik aku tutupkan"
Waktu ni dah 3.30, aku dah nervous sebab jalan jem pulak dah.
Train aku pukul 4.18PM, dan aku ni tak sempat nak kunyah bekal sandwich dan solat lagi. Since jalan sesak, Martin dropkan aku tepi jalan, dan aku kena jalan sikit ke central station. Alhamdulillah sempat sampai, pastuuuuu....souvenir tak beli apa2 lagi ni. Sempat masuk kedai kt station tu, amik je mana sempat fridge magnet. Nak pi toilet break pun tak sempat dah.
Kali ni aku tak silap masuk wagon mana, dannnnn...rupa2nya lain pulak seating arrangement. Masa pergi aku duduk seat dua2 mcm biasa. Ni dapat seat dalam compartment mcm train Harry Potter pulak. Since aku duduk kat tepi pintu ni, ada satu mamat ni nampak aku, terus "Malaysia??" Ahaaaa...ada jugak orang kampung aku kat sini, hikhik... Selepas itu...train pun gerak, dan stopped dekat Zachodnia (west) Warsaw station.
Bermulalah keadaan cemas di dalam train, seperti kisah telenovela-aku-tak-paham-sepatah-haram.
Train berhenti lama dan tak bergerak2, lepas tu bunyi kecoohhh sangat, dengan train crew keluar and bagi arahan, which was in Polish, mampus aku tak paham. Dalam kecoh2 tu, ada sorang perempuan yg duduk kat dalam compartment yg sama dgn aku, bagitau "There's one lady got injured, and we need to make some room for her to sit down while waiting for help". Aku ni dah la duduk tepi pintu tu, pastu duk blur "Aku kena keluar ke? Nak duduk mana? Train penuh sebab Jumaat kot". Few people keluar dari compartment tu, tinggal aku dgn dua org perempuan lain. Tiba2 je muncul makcik dgn kaki berdarah meleleh, pastu kat tgn dgn handbag dia ada darah.
KO TAK RASA AKU KECUT PERUT?
Dalam banyak2 compartment, dan banyak wagons sepanjang train tu, kenapa dekat aku?? Faham tak? Dahla aku takleh tengok darah meleleh, nasib baik aku tak tambah drama pengsan kat situ.
Makcik tu masuk dan duduk kat tempat aku, dan aku pindah duduk tepi tingkap merenung ke luar jendela tak berani nak tengok apa pun. Perempuan local yg baik hati tu cakaplah yg makcik ni travel dgn family dia nak ke Berlin, dan injured (tak dinyatakan sebab apa), tapi taknak pergi hospital dekat Warsaw sebab takut duit tak cukup. Dalam 40 min, paramedics datang and amik la makcik tu. So finally keadaan reda, semua org duduk tempat masing2 semula, dan aku pi toilet amik wuduk, pastu solat kat dalam compartment tu. Aku rasa hari aku dah cukup penat, dan aku tak sangka la pulak ada drama dalam train -__-
Sampai kat Poznan lambat, lapar, dan penat gilersss. Rai masak pasta, so aku makan dgn sambal nasik lemak Brahim pagi tadi :)
Ok panjang sgt, bersambung Final Part nanti










0 comments:
Post a Comment