Saturday, February 22, 2014

Sydney-Part I


Jom taruk gambar.
*kau jugak nak tgk nanti sulas bila tua2 :p*

Sampai Kingsford-Smith airport dalam kul 8.30malam waktu Sydney. Jenuh jugak la 8 jam, dan terasa flight tu mcm pergi Tanah Besar China je -_- Dah nama pun pergi time Chinese new year, what do you expect?


"Welcome to ydney"
Atas flight dah isi arrival card, so bila sampai immigration, diorg stamped passport. Pastu card arrival tu diambil oleh pegawai yang lain. Sistem Australia ni, bila nak balik kena isi departure card pulak, dan takde passport stamping bila nak kuar.
Airport dia ada free wifi, so update adik-beradik kata dah selamat sampai, and proceed cari cab nak gi Kensington (rumah Yanot). Bayar cab AUD40.


Ni la rupa-paras kawasan rumah Yanot, jarak sepelaung je dengan University of New South Wales.
Time ni summer, so subuh adalah 4.30pagi, maghrib kul 8malam.


Actually, datang kat sini takde itinerary pun, boleh? heheh... Malam bila sampai tu, Yanot bagi la highlights yg mana aktiviti standard yg orang akan buat. So first thing, coastal walk from Coogee (ku-ji) to Bondi (bond-die) beach. Nak tau berapa jauh kitorg menapak?? Check this link ^__^




Walaupun matahari memang tegak atas kepala, kegagahan kitorg mengatasi segalanya, muahahaha *poyo*


Spectacular view, subhan'Allah!


Jangan risau pasal air, sebab ada few checkpoints along the coastal walk utk refill botol air kita.


It was Sunday, so memang meriah la, ramai yang berjemur.





Time ni jumpa spot best, teduh :)


Rehat sekejap, sambil makan coklat yg cair :p Panas kot!



Ni my favorite spot. Agak gerun bila tengok ke bawah, dan untuk siapa2 yang gayat, tidaklah dinasihatkan berdiri dekat dgn tebing tu. Jangan lupa, angin dekat sini agak kuat la, siapa yg ringan mungkin akan terbang! *ok tipu, exaggerate :p*



Ni gambar panorama pakai iPhone kpha.


 Suka tengok batu-batu kat sini.


Ni Bondi beach. Time ni dah lapar. Jalan laju2 nak cari makan.


Yanot kata, biasa dia akan reward diri sendiri dengan deep-fried Mars bar :) So kitorg pun cubalah jugak. Lepas beli makanan alas perut, naik bas untuk ke Watson Bay. Nanti dari Watson Bay nak naik ferry pergi Circular Quay.


Cari tempat lepak sekejap nak makan.


Ni la rupa paras deep-fried Mars bar :) Memang sedap!!! hehehe
Memang berlemak, tapi sedikit pun hatiku tidak rasa bersalah ^___^


Jom naik ferry.
Ouh, regarding our transportation fees. Kitorg beli MyMulti3, harga AUD63 untuk 7 hari. Memang berbaloi2, tak tipu :) Boleh naik semua bas, ferry dan jugak train sampai Blue Mountain (2 hours journey by train from Sydney Central station).




Gambar standard Sydney Opera House.



Ko kenapa Yanot excited sangat? hehe.. Sebab rindu kat aku la tuuuu. Kitorg jenjalan dulu kat Circular Quay tu, Yanot cerita kat mana nak tunggu bas, kat mana nak pusing2 etc.


Pancake on the rock! Yanot cakap kitorg bernasib baik, sbb biasanya diorg kena beratur sampai atas tangga ni :)


WARNING! Jangan gatal nak beli meal ni sorang satu pinggan :) Dijamin tak dapat habiskan sbb pancake kan, pastu dengan cream segala, so akan muak. Jangan tamak, sila share :D


Lepas makan, Yanot nak gi zohor kat UTS (University of Technology Sydney). Jenjalan dengan kpha.
Comel tak logo bank st.george tu? :) Ada ke gambar naga katun tu? hehehe


Yanot gi zohor, kitorg jenjalan kat Paddy's market. Paddy's market ni bukak dari Rabu-Ahad. So kalau datang hari Isnin dan Selasa, memang tak dapat tolong la. Biasanya hari Ahad leh dapat murah2, sbb 2 hari diorg nak tutup kedai kan.


Macam pasar standard utk cari souvenirs, dan jugak ada bahagian jual sayur2, bunga2 semua kat belakang sket. Dekat atas Paddy's market, ada shopping complex yg sebijik rupa mcm Sungei Wang Plaza je gamaknya :) Bila jenjalan kat atas tu, rasa kat M'sia je, hehehe...


Paddy's market tutup pukul 5, ada banyak masa lagi nak jenjalan ni. Dari Paddy's, naik tram pergi Darling Harbour. Kitorg kejar tram tu, memang drama abis arrr semput2!
Gambar atas ni, ada street performance. Baldi2 merah tu nanti crowd akan bagi duit. Memang entertaining la performance diorg.



It is the month of love, February. So adalah hati merah menyala tu :)


Diorg taruk blackboards dekat area Darling Harbour tu, dan contenglah sesuka hati :p
Suka kan nak tulis "Sulas wuz ere" hehehe...mcm zaman sekolah2 dulu, hihiiii



Amik tram balik dari Darling Harbour ke Central station, pastu amik bas ke Kensington. Settle day 1, esok nak gi Blue Mountain!
Malam tu buat sushi, bekal untuk esok :) Housemate Yanot yg bernama Husna yang buat ni.

Biasanya memang ada take note on expenses, so here goes:

Transportation (myMulti3) : AUD63
Mars fritters: AUD4
Pancake on the rock: AUD15
Souvenir: You can get tshirt at AUD6 each, or AUD5 if you are lucky :)
Fridge magnets: harga boleh tahan murah la, so boleh la kalau nak borong. But since I just brought one carry-on luggage, takdelah membeli mcm x ingat akhirat. Beli buat syarat sahaja.


See you in Part 2- Blue Mountain!



2 comments:

phaz said...

yanot kelihatan begitu eksaited..mengalahkan org yg bercuti..hehe

sul said...

dia host yang baik :) dia suka tu bwk org jenjalan, ahaks!

Post a Comment