Sunday, February 23, 2014

Sydney-Part II


Blue Mountain trip; 3/2/2014

Journey to Blue Mountain took about 2 hours by train from Sydney Central Station. MyMulti3 yang kitorg beli memang cover sampai Zone 3, so tak perlu bayar apa2 dah :) Amik line train ke Blue Mountain dan berhenti dekat Katoomba station.



 Keluar dari train, seberang jalan dari station tu dan belok kiri. Jalan sampai jumpa Carrington Hotel.
Ada bas nombor 686 yg boleh pakai myMulti3, so kitorg naik je bas tu. 


Kalau nak naik bas cantik kat belakang tu kena bayar lain harga :) Ala, tak perlu pun sebabnya, bukan kita nak duduk atas bas tu lama pun.


Kalau takde myMulti, boleh jugak naik, bayar on-board. Tapi harga tidaklah dapat dipastikan. Kalau dah ada myMulti pass tu, tunjuk je kat driver bas.


1st stop, Echo Point. Ada rombongan sekampung dari China kot, pepaleh la 'senyap'!


Ada la cerita dongeng diorg pasal 3-sisters ni, ala2 mcm cerita puteri Santubong dan Sejinjang gitu.



Panorama from iPhone kpha :) Cantik kan? 
Ada baca artikel diorg tampal kat kedai souvenir pasal kenapa gunung tu nampak biru, yang mana ada explanation dia ada kena mengena dengan Rayleigh scattering phenomenon. Macam pernah dengar je Rayleigh scattering ni waktu buat project GPRS and Wimax waktu kat Mimos dulu :p


Jalan kaki untuk pergi dekat lagi dgn 3-sisters tu. It took about 10 minutes.

Suka tengok couple mat saleh travel sama2 :)

From Echo Point, we walked about 20 minutes to get to Scenic Skyway. Agak penat jugak, tapi best sbb ada banyak je look-out point yg kecik2 :)


By the time kitorg sampai sini, dah ramai orang beratur nak naik Skyway ni. Kitorg takde beli tiket apa pun lagi, tapi boleh je naik. Nanti on the way nak keluar kena beli.



Orphan Rock. 
Kesian, sebab tak sambung dengan 'siapa2', so jadi orphan. At least 3-sisters tu ada geng :)

Tinggi! Siapa gayat, ko pejam jela mata tu, hihi

Ok, bila keluar dari Skyway tu, kalau takde tiket (mcm tiket masuk waterpark, 'gelang' kertas), kita kena beli. So harga tiket adalah AUD35 untuk combo semua ride yg ada kat Blue Mountain ni: Skyway, Cableway dan Railway.
Penat jalan, so makan bekal sushi dulu :D Beli air mineral AUD3 *sila nangis*

Ni Railway. Kitorg turun mende ni, pastu kuar dan tunggu semula untuk naik :) Kalau ikutkan map, dia suggest kita jalan2 kat kawasan bawah tu. But I think we had enough walk, penat sudah.


Cerun jugak, but I love it!!


 
Ni dari Cableway. Sekejap2 je ride kat sini. Kitorg memang turun, dan naik je terus. Tadi habis banyak masa jalan kaki tu, hoho...

Last sekali, naik balik Skyway.

Tadi waktu mula2 naik Skyway tak perasan air terjun ni. This is Katoomba waterfall :)



 Time ni, memang super-panas. Kitorg tgh tunggu bas 686 untuk ke Katoomba train station nak balik.


Kitorg dah check train schedule, so ada masa untuk jalan2 kat pekan Katoomba tu. 
Ouh, ada cerita 'best' time ni. Sandal telah tamat riwayat, putus le pulak sebelah. So belilah sandal baru, dengan menganggap harganya adalah RM100 *sila nangis lagi*


Balik amik train, sampai Central dan terus amik bas balik Kensington. Balik rumah, solat zohor n asar, pastu keluar semula sebab nak tengok sunset di La-Perouse.


Unfortunately, waktu kitorg sampai matahari dah tinggal sipi2 je -_-



 We planned to come back tomorrow.

Tapi buat plan tanpa merujuk kepada weather forecast -_-
Yanot bgtau yg dia jarang check weather forecast during summer, dan esok kitorg plan nak gi Featherdale Zoo. Ku-sangka-kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
To be continued.....dududu...


0 comments:

Post a Comment