Ireland Trip
Flew from Gatwick Airport, London to Terminal 1 Dublin Airport by Ryan Air.
Ticket flight dalam 30 GBP, with10kg checked in bag.
Pagi2 Yana dah masak nasik goreng untuk breakfast, and makan dengan sambal ikan bilis. Power!
Naik bas dari Battersea Park to Victoria Coach station, then bas ke airport Gatwick (tiket bas 6 GBP), pastu jalan jem. Damn! Panas pulak tu, and bas takde aircond, wakakakkaa. Masak makk kat dalam tu.
Sampai kat airport, settle check in bag (it was 10.4kg). Nasib baik la Ryan Air tak berkira sangat dgn lebih 400gm tu. Backpack tu berat sebab banyak makanan (Brahim's and Kembara's meal, dan juga maggie hot cup *ringan je tapi makan space).
Dah settle checked in bag, pi cari tempat nak makan, lepas tu solat, lepas tu fly. Expected sampai ke Dublin dalam pukul 7 malam. Dublin menyambut kami dengan hujan. Ye, esok pagi nak drive jauh ke Ring of Kerry pun hujan -_-
Picked up the car at 8.00PM, and we need to return the car after 48 hrs. Tips untuk sewa kereta dekat Ireland, sila amik extra insurance coverage diorg. We used Irish Car Rental company, which actually handled by Europcar. Untuk pilih car rental company ni, banyak jugaklah aku buat research. Sebab banyak yg tulis kata bila diorg nak amik kereta, agent tu akan promote mcm2, dan ada yg kena scam la. Dan ini adalah benda yg paling aku risau sebenarnya sebab kitorg sampai dah malam. Kalau jadi apa2, ish...dahlah penat kan.
Tapi Alhamdulillah, smooth je waktu amik dan return kereta tu. Gi kaunter dia, provide confirmation email, bagi permit International Driving License dgn lesen, pastu settle kan baki bayaran. Settle!
Kitorg nak amik the cheapest car available, Ford Fiesta Manual transmission (manual murah banyak wooo compared to auto). Tapi last2 dapat kereta besar sket, Renault Clio. Total kitorg bayar 68.92 Euro. Tapi kalau tengok breakdown tu, sebenarnya harga sewa murah je. Yang mahal adalah extra insurance dia tu. Kalau kita tak amik super damage waiver tu, diorang akan hold kad kredit kita dgn big amount of deposit (utk kereta ni dalam 1500 Euro). So, bayar jela extra insurance tu, senang hati sket.
Sampai rumah Shereen, dekat Foley Street. Memang tengah bandar rumah dia ni. Sepelaung je mcm dah sampai area Pavilion gitu :p Pergi Tesco xpress dulu, beli roti, and telur utk buat sandwich bekal ke Kerry.
Kitorg untung sangat sebab mak mertua dia ada dkt rumah, dan kenyang perut dapat pulut kuning dgn kari ayam, perghhh!!
Rehat, pack brg into smaller backpack utk trip ke Kerry esok pagi. Dan asing2kan duit ni haaaaa.
Ok, pagi2 lagi Rai dah kalut sebab dia tak jumpa cash pouch dia. Semua duit Euro dia dalam tu ok! Check around the house, and kitorg suspect kot jatuh dekat Tesco malam tadi. Jalan kaki pi Tesco, Tesco pun belum bukak (they opened at 9.00am). Lepas bukak je, terus bagitau org kat situ, dan sgt baguslah diorg ni...Siap bukak tgk CCTV recordings, kot nampak wallet jatuh. All checked, tak jatuh pun wallet dia.
Dia kata dah checked dalam kereta, sekali aku gi, ada je wallet tu kat door pocket at passenger side. Drama sungguh wei! Kalau hilang duit tu, entahlah labuuuu... Tak kemana agaknya kitorg.
Setelah selesai drama, kitorg pun gerak ke Kerry. Route taken was M50-N7-M7-M8-N73-N72-N71.
Plan asal nak keluar b4 8.00AM, tapi dah terlewat pulak. Dgn drama duit hilang tu, menjadikan aku tertinggal bekal Brahim's dan Kembara's meal tu! Giler weiiiii.... Nasib baiklah mak mertua Shereen bagi kitorg 2 tupperware besar meehoon goreng and sandwiches yg banyak. heheheh
Oleh sebab dah gerak lambat, just nice je untuk singgah Kildare Outlet, ahhahahah. Awal2 lagi dah shopping! Sabo jeeee.
Oleh sebab awal, so mmg kosong la.
Ni muka lepas keluar Cath Kidston. Murah nak mampos, whahahahahahah.
Bila ko tgk harga beg ratus2 kat Malaysia, the same bag setakat belas2, dua digit je harganya kat situ. Ko convert ke RM pun still murah. Memang kegilaan sekejap bwahhahaha.
Loccitane ni takdelah murah sangat, murah sikiiittt je. Tapi sebab aku tak bawak lotion/cream, so aku belilah handcream dia. Best rupanya. Kalau kat Malaysia nak beli hand cream sampai RM90 rasa mahal bebeno. Ni bila ko beli setakat 12 Euro, baru rasa mcm "elleh...12 ringgit je" kekekekek. Saiko!
Ni second stop, sebab kitorg tak sampai lagi dekat Killanrney Park utk lunch. Diorg memang takde RnR mcm kita besar best gitu. So kalau jumpa petrol pump mcm ni, berentilah. Kitorg makan one of the bekal of meehoon goreng (satu lagi simpan utk dinner).
Toilet break, and driver stretching sket. Lupa nak check apa nama tempat ni.
Kitorg isi mintak dekat dekat Barraduff, just before we started the Ring of Kerry. Time ni tak sampai half tank lagi, dan suruh org dekat pump tu isikan penuh. Sebenarnya aku tak paham apa mamat pam minyak tu cakap (pekat giler English apa taktauuu...hahahah). Tapi tetap bagitau dia, FULL TANK, hahahhaa. Dia isi full, pastu bayar 35 Euro (mahei sungguh...ishh)
Initial plan adalah untuk complete the Ring of Kerry circle in the first day. Tapi tu provided kalau sampai awal la. Since kitorg sampai lambat, so kitorg habiskan the lower part of the ring, and on the way balik ke Dublin in the next day kita complete kan the upper half (selepas trip ke Skellig Michael, sepatutnya).
Setelah berjam2 aku drive, akhirnya sampailah dekat Muckross House dalam pukul 3.30PM.
Front view
This nineteenth century Victorian mansion is set against the stunning beauty of Killarney National Park. The house stands close to the shores of Muckross Lake, one of Killarney's three lakes, famed world wide for their splendour and beauty. As a focal point within Killarney National Park, Muckross House is the ideal base from which to explore this landscape.
Lake view.
We spent around 30 minutes je dekat sini, sebab ada few points lagi nak pergi.
Next is Torc Waterfall.
After this point, ada tempat utk mendaki. Ada minah salleh yg duduk sama hostel, dia cakap dia panjat atas tu and tunjuk gambar kat kitorg. Dalam 2 hours jugak la nak naik and turun, hahahha. Memang tak la jawabnya.
Sampai sini pun dah cukup. Kitorg singgah dalam 15 minutes je, hehehehe.
Sambil2 drive tu, aku berenti la bila mcm ada bahu jalan sket nak park utk amik gambar. Jalan dia kecik I tell you. So memang tak berani la nak snap2 pakai phone sambil drive.
Ni on our way to Ladies View. Kitorg sampai kat Ladies View ni dalam pukul 4.45 gitu. Jangan lupa, yang kitorg tak solat lagi ni, ishhhhhh.
Ladies View.
Kenapa ladies view?Nah hasil wiki:
The name Ladies View (sometimes spelt Ladies' View), stems from the admiration of the view given by Queen Victoria's ladies-in-waiting during Victoria's 1861 visit to Ireland
Kitorang sangat bernasib baik. Biasanya hujan je Ireland ni, muahahhaha. Dan oleh sebab sejak dari pagi lagi dah hujan, ingatkan sampai ke petang. Rupanya cerah di tengahari, mihmihmih.
Real pokok krismas.
Take a break at Sneem. Kat sini kitorg dapat map Ring of Kerry dgn point of attractions from pakcik kedai jual souvenir.
Time ni nak cari toilet, freshen up and solat. Dah pukul 6 petang niiiii.
Jumpalah petrol pump yg ada toilet and ample parking space. Orang dah tak ramai, so senang nak park kete and solat.
Lepas solat, tenang sket. So kitorg just follow map yg pakcik tu bagi, and look for sunset lookout point. Hostel kitorg dekat bukan dekat jalan Ring of Kerry tu, dia mcm kena masuk ke dalam ring, hehehe. Jauh sikit la sebab nak murah.
Kitorg sebenarnya salah plan, patutnya pick one point and just wait for the sunset. Tapi tula, silap sebab duk ingat nak pergi ke nearest point utk sunset dan utk ke hostel. Sekali, melepas, ahhahaha. Sunset point tak jumpa, sampai hotel pun dah gelap. Takpelah...alhamdulillah sampai.
Kitorg sampai hostel dalam pukul 8.00PM. Dah gelap, dan jalan memang kecik dan takde banyak dah kereta atas jalan, ahhahah. Sampai hostel, cuma ada sorang je guest! Nama dia Elizabeth, dari Canada. Dia travel sorang je, drive sorang, and dia pun sama mcm kitorg tido 1 malam je sebab nak ke Portmagee esok, utk ke Skellig Michael esoknya.
Lepas sembang, sambil minum teh o kat pantry hostel tu, kitorg naik bilik and ready nak tido. Ouh, dinner kitorg adalah meehoon yg satu tupperware lagi, hehehe. Nasib baiklah ada meehoon tu.
Settle makan, I straight went to la la land *penat giler tak tipu!
What we covered in Ring of Kerry on the first day.
Bersambung Part 4
Kitorg sampai hostel dalam pukul 8.00PM. Dah gelap, dan jalan memang kecik dan takde banyak dah kereta atas jalan, ahhahah. Sampai hostel, cuma ada sorang je guest! Nama dia Elizabeth, dari Canada. Dia travel sorang je, drive sorang, and dia pun sama mcm kitorg tido 1 malam je sebab nak ke Portmagee esok, utk ke Skellig Michael esoknya.
Lepas sembang, sambil minum teh o kat pantry hostel tu, kitorg naik bilik and ready nak tido. Ouh, dinner kitorg adalah meehoon yg satu tupperware lagi, hehehe. Nasib baiklah ada meehoon tu.
Settle makan, I straight went to la la land *penat giler tak tipu!
What we covered in Ring of Kerry on the first day.
Bersambung Part 4

























0 comments:
Post a Comment