This is an entry regarding the process needed for Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR). Dibuat khas untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan lain yang mungkin akan menghadapi masalah yang sama. Jenuh cari kat internet mcm mana proses nak mintak claim daripada developer ni. Ni satu blog yang membantu (http://duitsakupasif.blogspot.my/2016/06/pengalaman-yang-aku-lalui-sendiri-bagi.html), tapi tak secara keseluruhan sebab bila hari pendengaran kes dah tak cerita. So here goes...
Dapat kunci rumah pada 6 Julai 2017, dan perjanjian S&P adalah bertarikh 20 Disember 2013. Ikutkan perjanjian, rumah mestilah disiapkan dalam tempoh 2 tahun, dan denda kepada pemaju sekiranya gagal adalah 10% daripada harga rumah utk kelewatan 1 tahun (365 hari). Terang-terang la pemaju lambat dalam 1.5++yrs. Hari dapat kunci, pemaju offered me the LAD payment at ONLY 40% of the total LAD. Dia tak paksa untuk terima, tapi kalau pembeli terima, memang boleh dapat cek terus waktu tu. Pemaju bagi 2nd option untuk bayaran LAD ,tapi still diorg cuma offered up until 70% sahaja. Kalau buyer nak, boleh proceed dengan 2nd option. Tapi alang-alang merayu untuk tuntutan, baik tuntut the whole 100% of LAD amount (which almost 50k!). Since pemaju adalah developer besar, dan mengikut track record diorg memang akan bayar LAD, jadi let's go to tribunal :)
1) Download Borang 1 TTPR di sini. Borang ni dalam PDF format, jadi kalau nak DOC format, get it here.
Macam mana nak isi??
**Amount kat atas, bergantung la kepada kes masing-masing**
2) Lepas isi by hand/type borang 1 TTPR, boleh la xerox another 3 copies (penuntut, pemaju dan bank), dan jangan lupa sign on each copy of the form.
3) Sediakan 1 salinan perjanjian SnP, Notis penghantaran Serahan Milikan Kosong (Vacant Possesion) / surat daripada pemaju yang cakap nak serah kunci dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance)
**part ni kalau ikut blog asal tu, dia suruh buat 4 copies, tapi sebenarnya hanya 1 salinan diperlukan untuk pihak tribunal**
4) Submit Borang 1 TTPR sebanyak 4 salinan tu ke mana2 TTPR dengan bayaran RM10 (di Putrajaya, office TTPR di bangunan KPKT aras 2). Pihak TPPR akan meterai semua 4 salinan, dan akan amik 1 salinan untuk simpanan diorg. Dia akan pulangkan 3 salinan, 1 untuk kita, 1 untuk pemaju dan 1 untuk bank/pembiaya. Dia akan cop kat page depan dengan tarikh hearing.
**pemaju informed yang TTPR bahagian Pantai Timur dekat Kuala Terengganu
tu lambat, jadi dia suruh gi ke Putrajaya. Memang cepat jugak! :)
Submitted on 19th July 2017, dapat tarikh hearing on 10th August 2017.**
5) Tanggungjawab selepas dapat balik 3 salinan borang tu adalah untuk hantar Borang 1 tersebut kepada pemaju 1 salinan dan kepada bank 1 salinan. Kita kena dapatkan cop terima daripada pemaju dan bank sebagai bukti kita dah hantar dalam masa 14 hari (semua bukti cop terima adalah atas salinan penuntut)
**surat pemberitahuan kepada bank ni TTPR akan staple kat belakang salinan pihak penuntut. Just isi by hand je and make sure bank cop terima kat kotak atas tu**
Tunggu la sampai hari pendengaran kes (TTPR akan hantar Borang 4 - Notis Pendengaran pakai pos berdaftar). Untuk kes TTPR di Putrajaya, hearing akan dibuat samaada sessi pagi atau petang (jam 9.00 pagi atau 2.00 petang) di aras 4. Sebelum datang, make sure xerox 1 salinan Borang 1 penuntut (yg dah lengkap cop terima drp pemaju dan bank). Salinan ni TTPR akan amik untuk simpanan diorg, kita akan simpan yang original.
Sampai aras 4 bagunan KPKT kat Putrajaya tu, silalah cari board di depan semua bilik pendengaran kes, sebab nama kita akan ditulis dekat kertas dekat bilik yang dah ditentukan dengan nama pemaju. Jangan jadi mcm aku ni haaa...duk tercongok tak tau nak gi mana sebab kaunter pertanyaan takde orang TTPR jaga langsung!
Pada hari pendengaran kes, pemaju ada kes dgn 2 buyers lain (kami berjiran la lepas ni, baru jumpa masa hearing :p). Sebelum masuk jumpa hakim, wakil pemaju discussed dulu on the amount yg diorg akan bayar dan cara pembayaran. Kiranya, nanti senang depan hakim just baca je keputusan yang kami dah capai. Waktu discussion, pemaju bagi Borang 2 - Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas. Rupanya, lepas pemaju terima Borang 1 daripada penuntut, diorg kena isi Borang 2 pulak dan submit kepada TTPR.
Ini adalah borang yang mana pemaju boleh buat tuntutan balas, in my case pemaju claimed bank bayar lambat (total interest diorg claim RM433+). Jadinya on top of LAD yang dia akan bayar, dia akan amik portion untuk ni. Jadinya, kurang la sikit bayaran LAD tu. Untuk tuntutan balas ni, kita sebagai pembeli rumah kena confirm kan balik tarikh bayaran bank/pembiaya kepada pemaju. Sebab one of the buyer, dia adalah pegawai kerajaan, dan buat loan gov (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA). Pemaju nak claim interest lambat bayar dengan dia sebanyak RM7k++. Memang dia pergi LPPSA dan merayu dekat pegawai situ untuk keluarkan statement bayaran kepada pemaju sebelum hearing of the case. Memang sah pemaju tipu tarikh sebab ended up, sebenarnya instead of RM7k++, interest yang kena bayar cuma dalam RM200+ je. Jahat kan??!! Jadi please double confirm with bank and get the real statement, and jangan percaya je claim daripada pemaju (especially bila main ribu riban)
Dan lagi satu, pemaju kira semula total LAD sebab 2016 adalah tahun lompat, jadi bilangan hari tahun tu adalah 366, bukan 365 hari. Panjang jugak report pemaju ni, tu pasal ada document divider dekat Borang 2 tu. Siap bagi alasan lambat siap sebab musim tengkujuh, masalah cuaca etc. (helloooooo...pahang memang musim tengkujuh tiap2 hujung tahun kot) Whatever, asal korang nak bayar sudah ^__^
Setelah discussed, maka kitorg (3 buyers) setuju la pemaju akan bayar secara ansuran sebanyak 4 kali, bermula 10 September 2017 sampai 10 Disember 2017 dengan 4 post-dated cheqeus. Ini cerita dalam bilik discussion, bukan during hearing depan hakim.
Sebenarnya, bila both parties penuntut dan penentang bersetuju di luar tribunal, kes cepat je siap. Bila depan hakim, kita kena pass MyKad kita dekat staff TTPR dalam bilik hearing tu, dan wakil pemaju cuma baca je apa yang kami setuju, dan hakim verify semula yang kita memang setuju dengan amount yang dibacakan pemaju. Alhamdulillah, cuma cakap "SETUJU" dan angguk and senyum je ^______^ Settle!
Ouh, dalam bilik hearing memang akan ada orang-orang lain, dan kita memang akan dengar kes-kes lain (kalau kita nak dengar la). Jadinya, bila amount dibaca, satu bilik memang boleh dengar dan tau bape banyak kita dapat, hikhiks :p
Oleh sebab kami 3 buyers setuju dengan apa yg pemaju offer, cepatlah siap. Kitorg keluar bilik hearing, dan wakil pemaju pun bagitau yang TTPR akan bagi Borang 9 - Award Dengan Persetujuan untuk keputusan yang telah dicapai. Wakil pemaju mintak kami tunggu sampai surat tu dikeluarkan (kami dapat pada pukul 12.15 pada hari yang sama), dan minta kami scan and email kepada mereka supaya diorg boleh proses cepat. Yeay!
Dengan dapat surat award ni, maka settle la proses tuntutan LAD kepada pihak pemaju. Ada kes yang developer punya bos tak datang, dan kes tak dapat diteruskan. Penuntut datang saje jeee pagi tu, huhu. Ada jugak yang pemaju tetap berkeras hanya nak bayar 30% je tuntutan LAD. Kesian amoi tu :(
Bila fikir balik, pemaju mesti nak menang jugak kot celah mana, tapi kita sebagai pembeli kena tau hak kita, dan gunalah saluran tribunal ni untuk claim semula hak kita. Bagi kes tuntutan lebih daripada RM50,000.00, saluran tribunal tak boleh digunakan, tapi kena pergi mahkamah (which will require buyers to hire a lawyer). Lagi panjang cerita kan?
Semoga bermanfaat!






0 comments:
Post a Comment