Monday, February 9, 2015

Atjeh


Trip of 2015, to Banda Acheh
:)
Special request from Ayah.
I bought the flight tickets last year, for RM131 (return trip, per person). Hihihihi, murah kan? Tapi itu hanyalah permulaan, jeng jeng jeng. Trip kali ni penuh pancaroba, menduga kesabaran dan determination yang tinggi.
*this is a super long entry*

Dugaan pertama adalah untuk mendapatkan cuti. As far as I remember, when I bought the tickets, I expected that the students had finished their exams, and my leave would be approved easily. Unfortunately, oleh sebab2 tertentu, tanggungjawab kerja yang banyak dan mcm2 perkara, menjadikan possibilities untuk pergi adalah tipis. So I bought a ticket (RM227 return) for my brother, untuk tujuan back-up bawak mak ayah just in case I couldn't make it. About 1 week before departure, baru boss approved cuti (setelah dia reject jugak la mula-mula tu), but Alhamdulillah for that. Settle satu perkara :).
So, we were set to depart on Saturday, 24th Jan 2015, at 1.00PM from KLIA 2. We stayed in Setiawangsa the night before and planned to take a cab to the airport next day.



Nak dijadikan cerita, pagi tu dah siap booked cab dan cadangnya nak gerak dalam pukul 10 pagi. Adik dari Penang dah amik flight ke KLIA 2 pagi tu. Web-check in diri sendiri dah lepas, dan untuk mak tak boleh web-check in sebab mintak wheelchair. So dalam pukul 9.00 nak web check-in kan untuk Ayah. Sekali ada problem dengan expiry date passport ayah. Expiry date adalah pada 12 JUN 2015!! Sesak nafas ok sebab tak boleh fly, sebab kurang dari 6 bulan!
T__T
Time tu terdiam, tak tau nak buat apa. BLUR tahap dewa -_-
9.30 cab driver called kata dah sampai, adussss....mcm mana nak buat tak tau. Mak cakap "takpelah, takde rezeki namanya ni". Mak memang redha dah, tapi of course dia boleh cakap mcm tu sebab yang beria-ia nak pergi bukan dia, tapi ayah :p
Muka ayah memang kecewa giler kot, tapi dia tak cakap apa-apa jugak sebab dia pun duk assume lambat lagi nak expired. Yang anak dara dia sorang ni pun tak check sebab duk assume hari tu time buat passport nak gi haji diorg buat untuk 5 years. You see, ASSUME is BAD!
Pakcik teksi kat bawah dah tunggu, so turun and settle dulu bagitau yang tak jadi pergi. Dan, rupanya policy diorg kena bayar FULL amount of RM85, walaupun tak pakai servis dia.
T__T
Settle teksi, adik call dan cakap ada tiket untuk next day at RM179/way. Dengan pantas membeli 3 tiket (sbb tinggal 5 je tiket kat harga tu, kalau abis yg tu, RM300/way, nanges!). Lepas beli tiket, terus ajak mak ayah gi renew passport kat UTC Taman Keramat :) 
Ada nampak sinar dah time tu, hihi 
Adik pergi Acheh dulu, kitorg akan menyusul hari Ahad, 8.00 pagi.


Mak

We opted for wheelchair service from Airasia for Mak.
How to use wheelchair service in KLIA 2?
From the drop-off point, we used the MAHB's wheelchair for free. Cari kaunter pertanyaan dkt KLIA 2, dan bagitau nak pakai pinjam wheelchair. Dia akan mintak kita tinggalkan MyKad, dan dia akan return MyKad kita bila kita pulangkan wheelchair. Wheelchair MAHB cuma boleh pakai sampai entrance ke terminal sahaja. So that's why kena amik Airasia nye wheelchair, especially untuk orang tua yang tak larat jalan jauh.
Wheelchair service by Airasia, RM30/way.

Pagi yang indah bermula dengan begitu hectic sekali sebenarnya :) We arrived at the gate, just nice at 7.20AM, dan kitorg dikira golongan akhir berbaris :)
Alhamdulillah, safely touched down in Banda Acheh at 8.30am local time. It took about 1 hour 20 min from Malaysia to Banda Acheh.


 Kuburan Massal terbesar di Banda Acheh

Destinasi pertama adalah Kuburan Massal (mass grave) Siron, sebab terletak dekat tepi jalan utama dari airport Acheh.

 


Pergi hotel, hantar barang and had our lunch :) Lapar kot sbb breakfast pun cuma beli 1 Nasi Lemak Pak Nasser Airasia, kongsi 3 orang :p Bukan kedekut, cuma mak kata kita alas perut je, nanti makan kat Acheh.

 Dulu kalau homework Pendidikan Seni "Pemandangan di tepi sawah", mesti nak buat petak sawah, ber background kan gunung kan? :) Tapi sememangnya realiti sawah yang cantik mmg background kena ada bukit atau gunung.


2nd destination, Lampuuk (pronounced Lampu-uk).


Performed our prayers here, and to my surprise, bila azan zohor berkumandang je, memang berpusu-pusu orang pergi masjid. Yang muda, tua, lelaki, perempuan semua pergi. Gambar ni dah lepas solat jemaah dah. Bahagian sudut tu adalah saki-baki kesan tsunami 2004 dulu, saje diorg tinggalkan mcm tu, untuk ingatan la kot.


My not-so-little brother, Budin.

Masjid ni dilanda tsunami setinggi kubah masjid tu. If you look closely, you can see the bulan-bintang at the top of the dome is slightly bended to the right. Betapa tinggi kan tsunami :( 


 Masjid-masjid di Acheh mostly berkubah hitam.



 Pantai Lampuuk

Cantik pantainya :) Nak masuk ada entrance fees, maybe IDR2000/person kot.
Ada banyak pondok-pondok, boleh relax bawak makanan sendiri, xyah bayar pun duduk kat pondok tu. Order air kelapa dua bijik, pepaleh banyak airnya! Ramai orang, sebab hari Ahad :) Dan peraturan kat sini, pukul 7 malam dah tutup (untuk mengelakkan maksiat gitu).



Rumah Cut Nyak Dien

Ini adalah rumah tradisional Acheh. Sama macam Rumoh Acheh yang merangkap Muzium Acheh, tapi rasenye rumah ni better sebab ada orang yang akan bagi penerangan :) Takde entrance fees, tapi orang yg bagi penerangan akan cakap "Dermalah seberapa ikhlas" :)

Mak memang tak larat nak panjat tangga kayu naik atas, so dia relax je kat bawah rumah.


Pantai Ulee Lheue

Kitorang buat 'lintasan hormat' je kat sini :), dah nak masuk Asar, dan plan terakhir hari ni adalah untuk ke PLTD Apung 1

 Kesan tsunami lagi. Bangunan ni punya owner dah takde, dan ramai sangat mengaku waris. Jadi end up terbiar mcm tu je. Nampak structure kat bawah tu bengkok?



PLTD Apung 1, kesan tsunami yang menyebabkan kapal 3000+ tan dibawa arus tsunami sejauh 5km dari kawasan pelabuhan Ulee Lheue.


Ayah



 Once again, takde entrance fees untuk ke sini. Tapi ada banyak tabung derma yang disediakan, jadi bolehlah derma seikhlas hati. Perati jugak tabung tu, ada banyak duit ringgit Malaysia jugak, singgit, lima ringgit, seploh hengget :)


Kita memang boleh climb up kapal tu, cuma memang kena hati2 sbb tangga dia curam jugak.
Mak memang tak masuk pun kawasan ni, dia dah penat. Duduk dekat depan entrance je.







Before kitorg kuar, ada beberapa orang yang pakai baju seragam mcm tanya2 la nak kemana. Rupa-rupanya diorg adalah tour guide utk kawasan PLTD Apung tu. Tak ingat dah siapa nama guide kitorg, tapi dia adalah salah seorang mangsa tsunami. Umur dia 16 tahun waktu tu, dan semua ahli keluarga dia meninggal dunia. Dia ceritalah, waktu nak tsunami tu, langit memang gelap, dan air sangat hitam! Dia tanya, "Pernah tengok filem 2012? Macam tulah rupa ketika tsunami melanda". Tanya dia mcm mana dia survived sebab dia cakap tak boleh berenang sbb banyak kayu, dan benda-benda lain. Dia kata dia pegang tiang bendera.
 -__-

Tour guide yang kitorg nampak tu semua adalah local people yang memang mangsa tsunami, dan diambil untuk menjadi guide untuk menceritakan kisah tsunami dekat pelawat. Again, tiada charge tetap yang diletakkan, dan dia takde mention pun psl bayaran, terserah kepada kita nak bagi berapa dekat guide tu. Ayah bagi duit ringgit :)


End of Day 1.
Serious penat giler, dan balik hotel, mandi and maghrib jamak isya' siap2, dan t.i.d.o!
Ouh, kitorg stayed dkt Rasamala Hotel. Hotel biasa-biasa sahaja, dan benda penting waktu pilih hotel adalah kena ada elevator (mak takleh panjat tangga).
Hotel ni ada Al-quran, sejadah dan Surah Yasin disediakan dalam bilik
^__^



 2nd Day

 Rupa bandar ni mcm Malaysia je, kadang-kadang ada part nampak mcm Temerloh pun ye jugak :)


Perempuan Acheh mostly pakai skirt/kain, dan naik motor side saddle. Sopan kan? Hihi...
Tapi ayah cakap, kat Malaysia memang tak dibenarkan sebab utk keselamatan (which I totally agree!) Bayangkan kain tu termasuk dalam rantai motor tu, huhu....ngeri


 Gampong Laksana, kawasan rumah sewa ayah dulu waktu belajar di Acheh, dalam awal 70-an. Sekarang dah tak 'Gampong' sangat la kan :)



Ayah cakap ni lepas berlakon drama pentas, masa belajar dulu



Ayah attended Universitas Islam Negeri Ar-Raniry (UIN Ar-Raniry) about 40 years ago, in Fakultas Tarbiyah. Ayah sempat siapkan Diploma je, ijazah tak sempat sebab arwah Aki sakit, so dia tangguh pengajian dan balik dulu. Lepas tu nak sambung semula, tak dapat sambung Visa, plus time tu ayah dah kawen dgn mak. So sampai diploma jela.

Bangunan lama memang dah takde, semua baru je.


Mak.Ayah.


Kalau ayah abis ijazah, aku mesti jadi anak Ustaz, bwahahahha *gelak tak sopan*

Rumah sumbangan NGO luar negara, dibuat atas tapak rumah mangsa tsunami

Lepas posing-posing dalam kampus UIN, kitorg nak gi tengok bot yang tersadai atas rumah akibat tsunami dekat Lampulo.



Again, no entrance fees. Just tabung derma je diorg letak untuk sape yang sudi bagi sumbangan. Lebih 50 orang yang terselamat atas bot ni waktu tsunami berlaku. Lampulo ni memang kiranya kampung nelayan la.


Lampulo


Sebelum ke Masjid Baiturrahman, kitorg singgah sini dulu. Ingat nak gi Rumoh Acheh (merangkap Muzium Acheh), tapi tutup pulak hari Isnin.


Ni gambar 2015.


The same site (different angle), about 40 yrs ago :)
Pokok besar tu dulu, memang dah besar 40 tahun lepas. Mesti dah beratus-ratus tahun tuuuu.


Makan tengahari dekat area Masjid Raya Baiturrahman, pastu solat kat masjid raya tu :)
Masjid ni, satu tingkat je. Dan takde tirai pun utk mengasingkan jemaah wanita dan lelaki. Yang ada cuma divider simple mcm dalam gambar ni.
Yang seronok dkt sini adalah, memang bila azan, orang berpusu-pusu datang! Perempuan pun sekali, so memang dkt tempat amik wudu' tu penuh.


Majid Raya Baiturrahman








Ayah and his friends I supposed, depan Masjid Raya


Lepas siap solat, kitorg jenjalan kat kawasan luar masjid tu. Ada banyak orang jual barang, dan mcm ala-ala Jalan Tar gitu :p


Kalau nak shopping, Acheh is definitely not the place. Tapi kitorg beli la jugak kain pasang serba sikit, buat syarat beli barang :)


Ya, itulah dia seorang budak yg cuba untuk 'blend-in' as Achehnese
^__^
Tapi sebenarnya tak tau pun perempuan Acheh pakai mcm ni, hihi. So alang-alang kan, nama Sulastri tu pun dah melayakkan aku men'claim' as Achehnese, ngahaaaa
#SulasSewel


Rumah ni tutup hari Isnin, so amik gambar kat luar je. Rumah Acheh ni, tangga nak masuk dia unik ok! Kita nampak tangga, mcm boleh masuk la kan bila sampai atas ada pintu ke. Tapi pintu masuk rumah ni adalah lantai rumah tu sendiri.




Ni gambar simpanan ayah. Rumah yang sama :)


Ni last destination for 2nd day.
Kubah yang terdampar, di Gampong Gurah.


Jumpa orang Malaysia lain kat sini, sekali makcik tu orang Ko'diang jugak, so sembang sakan la dengan mak :p


Ramai budak-budak kat sini, tapi diorg tidaklah mintak sedekah dgn kita. Bukan style mcm dkt Bandung meminta-minta sangat. Kalau nak sedekah, sedekah la. Cuma aku prefer beli barang yg perempuan-perempuan jual kat sini :) Ada kopi, fridge magnet (the ONLY site yang aku jumpa jual fridge magnet), dan jugak bag/dompet/wallet handmade.


Bandrek

Minum petang, sebelum pak supir nak singgah umah dia solat asar. Sedap bandrek ni rupanya, hihi. Definitely will drink this kalau jumpa dekat Malaysia.
^__^


Dinner sebelum balik hotel. This one, I can call this as an appetizer gituuu.
Nampak mcm telur dadar, tapi ni adalah murtabak telur Acheh style! Roti canai nipis kat dalam, dan disalut dengan telur :) wallllah!, hihi


Mee Acheh

Not the best mee I ever ate anyway. Rasa dia ada pelik sket, dan kita boleh pilih nak yang berkuah or kering mcm mee goreng. Mee kebaya mak lagi sedap definitely :)
End of 2nd day.


Last day, started with pusing-pusing bandar and pak supir ended up bawak kitorg dkt Pasar Ikan Lampulo. Kat sini bot besar turunkan ikan-ikan dan segala hasil tangkapan, kira mcm tempat orang borong ikan la.
Saje pak supir bawak ayah la tu. Kitorg mcm malas nak kuar dah sebenarnya. Mak memang lepak dalam kete je, hihi.


Our last destination before going to the airport, Muzium Tsunami.
Ada satu bilik ni, dia letak nama-nama mangsa yang terkorban waktu tsunami 2014. Tapi memang bukan semua nama lah yang ada, cuma kat bilik ni diorg pasang ayat-ayat Al-quran.


Ni bilik tayangan dokumentari pasal peristiwa tsunami dkt Acheh. Waktu tgk video tu, sebenarnya nak nangis dah, tapi sebab tengok ramai-ramai, so segan le jugak nak nangis. Tayangan dalam 7-8 minit je
Lupa nak bgtau yang NO entrance fees untuk masuk muzium ni. Cuma kita kena tinggalkan bag dkt luar (bawak la wallet, handphone, camera dan benda berharga, bimbang gak hilang) dan bolehlah hulur seadanya dkt orang yg jaga kaunter beg tu bila kita amik beg waktu nak keluar.


Wheelchair disediakan secara percuma di sini :) Bagus kan??!!!


"Gelombang tsunami yang seperti ular tedung"

Banyak pengajaran sebenarnya daripada kisah tsunami dekat Acheh ni. Pak supir sendiri cakap, kalau dulu banyak aktiviti maksiat, sekarang memang dibanteras habis. Acheh ada penguatkuasa yang akan tangkap orang tak menutup aurat, yang dating semua. Pagi sebelum balik ada nampak mcm land-rover bawak perempuan-perempuan pakai baju seragam hijau. Pak supir kata, tu lah dia penguatkuasa syariah. Nak amik gambar diorg, tapi takut pulak :p So tak amik

Semoga Acheh bertambah maju, dan mengekalkan title serambi mekah tu. Pak supir cakap, tsunami menjadikan Acheh bersih, bersih dari kekotoran dan kemaksiatan.

Muka penat :)

Alhamdulillah, segalanya berakhir dengan baik. Walaupun awal-awal banyak dugaan utk trip ni, tapi berbaloi rasa bila mak ayah happy.
^___^


TOTAL EXPENSES: who cares!!?? hihi
*wink*


0 comments:

Post a Comment