Monday, April 21, 2014

P P P

Promosi di Pulau Pinang
:)
Cab driver yg picked up dekat airport, dengan murah hati offer untuk amik dari hotel on the departure date, dan lalu Jambatan Ke-2 Pulau Penang untuk ke airport :) dengan harga yang sama.
Jauh jugak rupanya nak naik 2nd bridge dari Seberang Jaya, kena lalu toll Plus dulu, exit selepas Batu Kawan. Tapi dia takde letak extra charge pun, so ok la kan. Lagipun datang Penang kali ni, 2 kali dinner dkt dalam bilik hotel je, x meriah la kehidupan. Kalu ikutkan perut ni, nak pasemboq la, char kue tiow sedap la, nasik kandaq la....tapi tak dpt mana2 pun -_-
Order char kue tiow kat hotel pun, dapat kue tiow goreng je sebenarnya. Xpela, jgn gedik nak komplen sulas.

Promosi masuk uni kali ni, anjuran MARA, so mostly adalah dari IPTS. Dan kebanyakannya adalah student lepasan SPM, yang siap bawak result bagai nak mintak nasihat "akak rasa apa yg saya boleh apply?" :)
Yang tak kredit Bahasa Melayu dan English agak ramai sebenarnya. IPTA mmg x dapat masuk dik non! IPTS maybe boleh consider.

Ada sorang makcik ni, dia dtg sorang je, anak dia takde pun. Bila tanya, anak minat bidang apa, dia jawab "Dia mmg minat nak jadi professor"
Ehmmm..susah jugak la kan nak menceritakan, sbb anak makcik ni baru je abis SPM, hehehehe :p Professor bidang apa pun makcik tu tak tau, yg dia tau, anak dia nak jadi professor. Tapi cubalah jugak terangkan kat makcik tu, start diploma, pastu degree, pastu master, pastu phd, pastu kene publish kat jurnal banyak2, then baru professor :)

Pastu ni cerita budak2 yg results boleh tahan la, 6, 7, 8 As. Datang ramai2, mmg muka confident la kan setelah apply UPU semua. Masing2 apply la engineering mcm2 bidang. Soalan pertama, "kak ni kerja apa?" Bila ckp lecturer, dia tanya "gaji kak ada sampai 5 angka tak?" Memang budak2 nak cari kerja gaji byk je skrg. Pastu dia tanya, "engineering ni susah tak kak?" Jawab je "bukan susah, tapi tidaklah senang". Pastu budak2 tu gelak besar, then ckp "kak ni lawak la" Dah pulak aku mcm joker, cissss....

Ni ada sorang budak pompuan, result SPM 6As, amik aliran sains tulen, kalu ikut mmg layak la mintak apa2 pun. Tapi dia dgn bangganya ckp "Saya mintak Perikanan 1st choice, Perhutanan, dan Perladangan" haaaa...bulat mata aku! Budak ni tinggi, cantik, dan cara dia bercerita dia nak amik course tu sangat semangat ok! Dia cakap "saya bgtau kawan2 saya, diorg gelakkan saya amik perikanan". Takpelah dik, akak doakan adik berjaya :)

Seronok sebenarnya gi promosi masuk uni ni :) jumpa mcm2 org.
Till then.



0 comments:

Post a Comment