As mentioned in previous post, I was in Singapore for a wedding. But, not as a normal guest, but as kendarat a.k.a buruh kasar, muahahha
:)
Takdelah buruh kasar, tapi sebagai tenaga kerja penting untuk acara makan2.
Sampai je rumah tukang masak (sepupu kakak baju kuning), mandi, sembang2 gossip Malaysia-Singapura, makan nasik, pastu siap2 untuk gi tempat kenduri.
Breakfast pagi tu, makan nasik!
Lauk2 nya adalah: Telur masak kurma, sambal sotong kembang dgn kacang tanah(terbaek ok!!!), kari ikan merah, asam pedas ikan pari dan sambal tempe mantap.
Nampak yg berdiri tu, that's the supervisor. Tu anak ke-2 tukang masak utama.
Kitorg potong segala mcm nenas, timun, carrot untuk acar.
Sebelum potong2 ni, I've taken the 'contract' of washing all the pinggans, mangkuks and what not.
Hundreds of them!
*kembang tangan aku*
Gambar bekerja tak banyak. Maklumlah, bekerja keras kot, tak sempat posing2.
Sambil kitorg buat menda ni, org kat dapur masak untuk makan malam.
Sup tulang sum-sum kambing, kaler merah :)
First time sedut sup sum-sum tu. Seb baik tak tersedak.
Gambar tarak. I was too tired to take any picture.
This pic was on the day of kenduri. We were still in our working 'outfits' :)
Ehmm..dan kitorg belum mandi lagi waktu ni, muahahahha. Busy dowh, tak sempat!
Pagi tu kerja meng'gunting' udang harimau entah bape puluh kilo tak tau.
Badan pun dah bau udang!
Before gi mandi, kitorg makan lauk dulu. Pagi dah breakfast freshly-cooked briyani, so takdelah lapar sangat perut tu, cuma lapar mata ^__^
The menu? Ahaks, there were too many ok! Singaporean nye makanan waktu kenduri adalah sangat mewah ok!
Nasi briyani (ok, ni standard je). Tapi lauk2 dia, ada daging lembu, kambing, ayam masak merah, udang, dalca, acar timun standard tu, acar nenas kuning taruk bijik sawi kot.
Kakak yg datang sekali dgn kitorg cakap, dulu pernah ada lg banyak. So it depends on the family's budget. Tapi ni pun dah banyak.
Dessert station. Roughly, there were about 10 different kuihs, tak masuk pudding, jelly dan bubur pulut hitam.
Waktu
sembang2 dengan pakcik tukang masak, dia kata biasanya kalau nak kawen
kat Singapore, paling cikai kena ada SGD50,000. SGD20,000 adalah untuk
hantaran, pastu SGD30,000 untuk kenduri. Waduh2, gilak2! Tak kawen le
kalu gaji RM :D hehe
The wedding ceremony was held in Yishun. Macam lebih kurang 20 minit gitu dari Woodlands.
Kenduri ni dia buat kat bawah flat diorg tu je. Kalau kat M'sia, kiranya kawasan parking kereta la.
Diorg kena bayar utk sewa tapak bawah rumah ni, pastu bill elektrik dan air. Diorg sediakan jugak toilet bergerak, hihi. Sebab senang untuk guest dan juga tenaga kerja gi toilet, tak perlu kacau rumah tuan kenduri. Lepas abis kenduri, penguatkuasa akan check balik kekemasan tempat tu. Kalau diorg x puas hati, duit deposit burn.
*kakak ni anak sulung kepada tukang masak. Terer masak ni!*
Ni gambar pelamin. Simple je kan? hehe
Tiba2 terasa pelamin kat Malaysia is over the top.
Pengantin takde makan beradab, diorg makan sama je mcm guest makan. Cake cutting dan main suap2 ada la. Tepung tawar takde. Kenduri kat Yishun ni belah laki2. Kenduri belah perempuan dibuat pada hari yang sama tau! Dalam pukul 12, pengantin laki berarak pergi rumah pengantin perempuan bersanding kat sana. Pastu dalam pukul 3 gitu, datang bersanding kat belah laki pulak :)
Jimat cuti untuk sedara mara, hehe.
Karaoke session ada, pastu kenduri kena stop at 5pm.
Kalau lambat dari kul 5pm, nanti penguatkuasa datang, abisss...
Kitorg siap kemas ala2 kadar dalam kul 6 :)
Maggie? Why Maggie?
:)
Our last meal in Woodlands, Singapore, hehe. Jangan terkejut, kerana tukang masak seperti memahami kitorg yang dah tak mampu nak telan lauk kenduri. Thanks!
Siap makan maggie-yummy, kul 9 gitu kitorg kuar. Train pukul 11.30, so kena sampai kat train station kul 11. So ada 2 jam untuk pusing2 :)
We chose Sentosa!
Nak masuk Sentosa ni, kalau takde annual pass boleh kena caj SGD7/car entry.
Anak tukang-masak-utama ada pass, so tak perlu la bayar2.
Kitorg sampai kt sini dalam kul 9.45 gitu. Amik gambar laju2 je.
Hihi...yes!
So now I can say that I've been to USS, muahahahah
" I got the whole world, in my hand. I got the whole wide world, in my hand."
Reminds me of US Hollywood. O yeah!
Masuk Universal Studios tu tak penting. Yang penting bergambar kat globe tu je, hihi
Ah Lok Cafe USS.
:)
Thanks Kak Ina (kakak pakai spec yg sengih lebar tu). She's 41 oke! Sangat energetic. Belakang tu anak dia. Anak dia ada dua bijik iPhone (maklumat tak releven, hihi)
Settle cop passport, lepas kastam Singapore dan Malaysia, train gerak dari Woodlands ke JB Sentral. Pastu gerak dari JB Sentral dalam kul 12.00am gitu.
At 6.30am, arrived in KL Sentral. Subuh kejap, pastu amik LRT balik Taman Melati.
Sampai Taman Melati kul 7.30pagi. Pukul 8.30, Haida pergi keje, bwahahahahah. Gila!
Kesimpulan:
-Singaporean dressed-to-kill for kenduri kawen, ihiks.
-Kahwin kat Singapore mahal. Patutlah orang Malaysia kawen kat Siam :p
-Orang dewasa tak pakai baju-kurung-cotton-warna-pink-bunga2-kecik untuk pergi kenduri di Singapore.
*instant pic from adik pengantin for our keepsake*
Haida: Ko nampak tak baju perempuan yg tengah susun kuih tu?
Me: Nampak, ada sulam dgn labuci. Kenapa?
Haida: Ko tau tak dia tu maid kepada makcik yang duduk kat sebelah tu
Me: Aku rasa kerdil dengan baju cotton bunga2 ni -_-
Sekian.
^__^
ps: Jauh perjalanan, luas pemandangan.

















2 comments:
hehe..nice lah..tapi bila dengar ko cerita secara verbally lagi real..
aku kan suka bercerita penuh perasaan, muahaks!
Post a Comment