Sunday, June 27, 2010

Tipu Tertipah

Cerita ini, tiada kene mengena dengan mereka yang hidup, ataupun yang sudah meninggal dunia (*yeah right :()

Pada suatu hari, Tipah pulang daripada tempat kerja beliau.
Beliau begitu tertekan pada hari itu, kerana terpaksa menyiapkan assignment membuat sistem pengawal terbenam untuk LCD (read as Lu-Cuba-Design!).

Ok, Tipah pulang seperti biasa, dengan kepala beliau sarat dengan segala macam benda yang penting supaya bumi sentiasa berputar pada paksinya. Tipah membuka pintu pagar rumahnya, dan masuk sambil memegang kunci rumah.
Tinggal setapak lagi untuk tiba ke pintu rumahnya, dia terdengar suara seorang lelaki yang tak berapa merdu memanggil beliau "Adik, adik!!"
Bunyi suara itu begitu desperate sekali, seperti kehilangan sesuai yang sangat berharga. Tipah yang memang berhati mulia lagi suci terasa yang dia perlu menolong orang itu. Kemudian, lelaki yang tidak dikenali oleh Tipah itu memulakan cerita sedih beliau.

"Jangan takut dik, saya bukan orang jahat...jgn takut..jangan takutt..."

Muka Tipah agak terkulat2, dahi berkerut2, tak paham.


"Saya accident, moto saya jatuh kat depan sana. Ni tangan saya luka. Saya dah pergi klinik, lepas tu saya takde duit nak balik sekarang. Saya taknak ketuk pintu rumah lain sebab kat sini sume orang Cina. Nasib baik saya nampak adik tadi, saya memang dah tak tahu nak buat apa ni"

Tipah mendengar, tanpa berkata walau sepatah.

"Saya dari TUDM, part-time student kat UiTM, baru balik kelas. Saya belajar MassCom kat sana. Saya nak balik rumah dah ni, tapi accident pulak. Nama saya Kopral Mahyudin. Aduh, saya memang tak tahu nak buat apa sekarang ni."

Muka Tipah berkerut lagi.

"Saya nak mintak pinjam duit adik boleh? Saya memang tak tau nak buat apa lagi ni. Ya Allah, saya betul2 memang takde duit ni. Kalau boleh, saya nak pinjam RM30.. Nanti saya bayar balik. Ya Allah, saya memang tak tahu nak buat apa niii. Siapa nama adik? Berapa nombor rumah ni, nanti saya bayar balik. Ya Allah, ya Allah"

Tipah jawab "Nama Tipah, nombor rumah, ehmmm...entah"

Lelaki yang bernama Kopral Mahyudin itu menulis nama Tipah di atas kertas yang dipegangnya, dengan ibu jari yang berbalut, kelihatan seperti luka dihiris pisau.

"Adik, saya memang tak tahu nak buat apa dah ni. Kalau boleh adik bantu saya"

Tipah menjawab "Ehmm...saya takde RM30, tapi saya ada RM50"
Tipah menghulurkan not RM50 kepada Kopral tersebut, dengan rasa paksa-rela.

"Terima kasih la banyak2 adik, nanti saya pulangkan balik yea. Ya Allah, mekasih banyak2"

Tipah pun berpaling, dan masuk ke rumah. Tipah naik ke tingkat atas rumah beliau, dan mula mengambil wuduk untuk menunaikan solat Asar. Setelah solat, Tipah termenung....

"Kenapa aku bagi dia duit??"
"Kenapa aku bagi dia duit??"
"Kenapa aku bagi dia duit??"
"Kenapa aku bagi dia duit??"

Tipah termenung berjam2, sambil memikirkan kronologi kepada peristiwa memberi RM50 kepada orang yang beliau tak kenali. Tipah berasa sangat runsing, dan mengambil keputusan untuk berhenti berfikir, kerana beliau tidak dapat menyusun tahap logik cerita lelaki tersebut.

Tipah pening.

Pada penghujung hari tersebut, Tipah telah menangis kerana Tipah baru tersedar, yang beliau telah ditipu oleh lelaki bernama Kopral Mahyudin (of course bukan nama sebenar).

Tipah sedih.
Tipah nangis.
Tipah telepon mak Tipah.
Mak Tipah kata, bukan rezeki Tipah.
Tipah redha.

Persoalan sekarang:

1) Adakah Tipah dipukau?? Apakah pukau boleh dilakukan tanpa sentuhan/hembusan?
2) Adakah logik seorang Kopral yang kelihatan berumur awal 40-an, tidak mempunyai handphone pada zaman dimana mak-bapak-aku-pun-pakai-henpon-laaaa ??
3) Kenapa Tipah begitu baik hati????

Ini adalah pengajaran kepada Tipah, supaya lebih berhati2. Mungkin kerana sepanjang hidup Tipah, beliau tidak pernah kehilangan wang akibat ditipu orang. Kehilangan wang di kedai menjual bag/kasut/jigsaw puzzle/baju/katil-solid-wood tidak dikira.
Peringatan juga kepada kawan-kawan Tipah, supaya berhati2. Kalau ada lelaki tak dikenali datang menghampiri anda, sila lariiii laju2...bwahahhahaha...

Ouh, last but not least. Jangan lupa membaca 3-Qul, dan juga ayat Qursi apabila meninggalkan rumah, supaya dilindungi daripada segala macam black magic di dunia ini.



ps: Tipah tertipu banggg!! Tipah tertipuuuuuu!!!!!!!!!!!!


6 comments:

azie said...

uit... kisah sensasi ni
leh masuk harian metro.. kisah benar utk pengajaran masyarakat
& mana tau h.metro bayar lak utk kesah ni

-rezeki ade di mana2-

sul said...

sensasi huh??
kekekke...bertuah jugak kan kalau ada orang nak beli cerita :p ngeeeheeee

Syaifuldeen said...

benda dah terjadi,,anggap sedekah je laa,,then dapat pahala,,aminnn..selain itu lipat gandakan lg amal ibadat...InsyaAllah,,

sul said...

itula...dugaan untuk tipah...

Mochi Mom said...

sabar tipah...erm...kawan tipah pun pernah kena...RM 300 lagi...

memang itu bukan rezeki kawan tipah...cuma lepas tu kawan tipah lebih berhati2...

tipah igt satu aje...itu kan..kes iniaya...nanti tipah boleh mintak bayar pahala org itu ..kalai dia dah kong pahala...boleh sedekah dose tipah pulak di padang mahsyar...masa itu dah tak main duit2 ni nak bayar hutang ...:)

to tipah..dah kompem ade org nak tolong ringan beban di akhirat tu..Alhamdullillah..:)

sul said...

wah...thanks siti!!! sure tipah tak terfikir pasal mende ni...tenkiu2

nnti aku bgtau kat Tipah :)
mesti terubat hati Tipah ;)

Post a Comment