Thursday, February 19, 2009

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah



Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Dialah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a- Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.wpaling minima 100 X sebelum
tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat- Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran- Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari- Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif- Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda- Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8.Berpuasa- Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.

9. Cubaingat tentang mati(Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera(mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar
orang mengumpat.


ps: semalam jalan2 dekat Jusco Bukit Raja, and terjumpalah satu mug ni, tulis something like "I love you, you are my soul, my life, etc etc etc". Tiba-tiba rasa mcm 'kembang tekak', pastu terus jerit (slow jela jerit) "eiiiooouu". I guess the sentences are sooo unreal!!
Kawan siap cakap "kenapa? tak baik tau" Then said to my fren "Ouh, tak boleh rasa mcm tu ek?"
Hmm..was wondering, is my heart really2 cold? sampai takde rasa apa2 dengan ayat2 tu? huishhh.....

0 comments:

Post a Comment